Friday, July 4, 2008

semalam,hari ini,esok...

semalam...
aku masih bernafas.aku masih bernyawa.
aku masih mampu ke tempat kerja.
aku masih mampu menggunakan tulang empat keratku.
aku masih merasai deria pancainderaku.
aku gembira,ketawa,seronok dengan teman-teman.
aku menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
hari ini...
aku masih juga bernafas.aku masih juga bernyawa.
aku masih ke tempat kerja seperti biasa.
aku masih mampu menggunakan tulang empat keratku.
aku masih merasai semua deria pancainderaku.
aku masih bergembira,ketawa,berseronok dengan teman-temanku.
aku masih menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
esok...
aku tak tahu...
adakah aku masih bernafas.adakah aku masih bernyawa.
adakah aku masih mampu ke tempat kerjaku.
adakah aku mampu menggunakan tulang empat keratku.
adakah aku masih dapat merasai deria pancainderaku.
adakah aku dapat bergembira,ketawa,berseronok dengan teman-temanku.
adakah aku masih dapat menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
aku tak tahu...adakah masih ada esok bagiku...
aku tak tahu...adakah...
atau...mungkin....
aku akan mati hari ini.kemalangan.atau aper sahaja.
adakah aku sudah bersedia???

No comments:

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang