Thursday, July 3, 2008

cinta...

cinta adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan oleh sesiapa.
cinta adalah sesuatu yang misteri yang tak tercapai akalmu.
cinta datang dengan sendiri tampa dipinta atau dipaksa.
untuk mencintai adalah sangat mudah.
untuk dicintai adalah sangat sukar.
carilah cinta yang suci dan kekal azali.
jauhilah cinta yang belandaskan nafsu semata.
cintailah allah s.w.t,
cintailah junjungan s.a.w,
cintailah kitab suci al-quran,
cintailah kedua-dua orang tua,
cintailah diri sendiri,
jika kesemua cinta ini telah lengkap dalam dirimu.
kamu telah layak untuk menyintai dan dicintai.
jika dirimu belum lengkap dengan cinta ini.
kamu belum layak untuk mencintai dan dicintai.
jauhilah cinta nafsu kerana nafsu akan memusnahkan cinta itu sendiri.
jauhilah cinta nafsu kerana nafsu akan memusnahkan diri anda sendiri.
carilah cinta yang sebenar agar kita benar-benar merasai nikmatnya cinta.
carilah cinta yang sebenar agar kita benar-benar merasai sucinya cinta.
cinta itu buta,tetapi kita tidak buta.
cinta itu gila,tetapi kita tidak gila.
sesungguhnya cinta yang kekal hanyalah cinta kepadaNYA.

No comments:

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang