Saturday, October 8, 2011

sendiri


aku sendiri lagi.melayan hati dan perasaan.walau aku sedar bahawa allah s.w.t itu sentiasa bersama namun di dunia ini aku terasa sunyi dan sendirian.entah mengapa.kadang-kadang aku rasa aku tiada sesiapa.segalanya ku hadapi sendirian.ku tanggung sendirian.
walaupun ada rasa cinta dalam diri tetapi semuanya seakan-akan tiada bermakna.aku tetap sendirian.aku sentiasa melayan semua orang dengan cara yang terbaik supaya setiap orang yang bersamaku akan merasa senang dan selesa dengan kehadiranku.perasaan dan hati orang lain amat penting bagi diriku.keutamaan kepadaku untuk membuatkan orang di sekelilingku merasa bahagia.tapi...mengapa semua orang disekelilingku seakan-akan tidak sedar dengan apa yang aku lakukan.terutamanya orang yang amat aku cintai.adakah hanya aku yang mencintai dan merindui.kemanakah perginya kasih sayang dan kemesraanya dahulu.adakah aku sekadar tempat menumpang kasih sementara.penghibur dikala kesunyian.
sendirian.aku biasa dengan keadaan ini.aku biasa hidup sendiri.tetapi aku tidak biasa rasa diabaikan dan dipinggirkan.kerana aku telah lakukan yang terbaik untuk semua.kemanakah perginya semua ini buat diriku ini.adakah tidak lagi aku diperlukan.
adakah hidup aku di sini semata-mata untuk menbahagiakan orang lain.mengembirakan orang lain.tiada apa yang aku pinta kecuali perhatian.terutama dari orang yang aku cintai.selama ini aku hidup sendirian.terabai dalam memperjuangkan apa yang aku percaya.namun kesakitan apabila diabaikan oleh orang yang aku amat cintai tidak dapat digambarkan.bukan aku tidak mahu bersyukur tetapi apakah salahnya jika dirimu menghargai kehadiranku.tidak kah dirimu kasihan melihat diriku.merasa simpati.tiada kah cinta dan sayang yang amat dalam ke padaku dalam hatimu.sepertimana aku mencintai dan menyayangimu.

"aku tidak punya harta dan kekayaan untuk dijanjikan"
"aku tidak punya apa-apa untuk ku berikan kepadamu"
"aku tiada rupa paras yang menarik untuk dipandang"
"aku tiada lelebihan yang dapat ku tunjukan kepadamu"

"aku hanya punya cinta yang suci dan sejati untukmu"
"aku hanya punya rindu yang kekal dan abadi untukmu"
"aku hanya ada sekeping hati yang tulus untuku dirimu"
"aku hanya ada untukmu.di masa susah dan senang"


Tuesday, October 4, 2011

LUH MAHFUZ

Luh Mahfuz adalah alam sebelum kita dilahirkan.sebelum kita dihantar ke dalam rahim ibu kita.kita semua telah dikumpulkan di Luh Mahfuz.kita telah dipertontonkan apa yang akan kita lakukan di dunia.kita telah diberikan pesanan dan bimbingan supaya sentiasa mentaati Allah s.w.t.
apabila telah selesai menyaksikan segala perjalanan hidup kita,barulah kita dihantar ke dalam rahim ibu kita.apabila kita lahir dan hidup di dunia janganlah kita hairan apabila kita seakan-akan tahu sesebuah tempat,sesuatu keadaan dan sesuatu suasana.kerana itu lah apa yang kita lihat di Luh Mahfuz.kita akan terntanya-tanya kepada diri kita dan berfikir bahawa seolah-olah kita pernah berada di situ.seolah-olah kita tahu.dan hakikat sebenarnya memang kita tahu.cuma manusia adalah mahluk yang lemah dan lalai.itulah Luh Mahfuz atau pun digelar oleh orang kafir sebagai DEJAVU.di Luh Mahfuz kita telah berikrar dan berjanji bahawa akan menjadi hamba yang berguna dan taat.dan kita juga berjanji akan memulangkan segala yang Allah s.w.t pinjamkan kepada kita dalam keadaan yang baik.apakah kita yakin bahawa kita mampu memulangkan semua itu dengan baik kepada Allah s.w.t.jasad,nikmat,ilmu dan segalanya.adakah kita mampu tunaikan janji-janji kita kepada Allah s.w.t.
sama-samalah kita berfikir dan berusaha untuk menjaga amanah yang Allah s.w.t berikan kepada kita.janganlah kita rosakan segala yang telah di pinjamkan kepada kita.sama-samalah kita berusaha untuk taat kepada Allah s.w.t.sama-samalah kita ingat kembali kepada asal usul kejadian kita.mengenal siapa diri kita dan mengenal siapa pencipta kita.janganlah hidup dalam kesombongan dan takbur.kerana tiada apa pada kita melainkan pinjaman dari Allah s.w.t.

Jangan...

Jangan...
janganlah takut,
janganlah risau,
janganlah bimbang,

Jangan...
janganlah kau lupa,
janganlah kau leka,
janganlah kau lalai,

Jangan...
jangalah kau gembira,
jangalah kau seronok,
janganlah kau kahayal,

Jangan...
janganlah penuhkan hidupmu dgn dosa,
janganlah penuhkan hatimu dengan dendam,
janganlah rosakan jiwamu dengan nafsu serakah,

Jangan...
janganlah lupa pada asal usulmu,
janganlah lupa sifat kejadianmu,
janganlah lupa pada janji-janji mu,

kiamat...

malam tadi sembang pasal kiamat dengan kawan-kawan.bila sembang hal-hal macam ni aku rasa bersemangat dan berkobar-kobar.tak sabar nak tunggu hari kiamat.hari pembalasan bagi semua manusia.teringat semua apa yang telah di ajarkan kepadaku.apa yang telah di amanahkan kepadaku.tanda-tanda semua dah lengkap.baik tanda kecil dan tanda besar.cuma tanda-tanda terjadinya kiamat belum berlaku.contohnya matahari terbit dari barat.
aku tidak hairan kenapa manusia leka dan lalai.kenapa manusia jadi begitu kejam.tiada hati dan perasaan.semuanya kerana kiamat.dalam Al-Quran pun dah menceritakan sifat-sifat manusia menjelang kiamat.jadi janganlah kita hairan dengan sifat-sifat manusia sekarang.penuh sifat dengki dan kejam.
rinduku kepada kiamat semakin kuat.tidak sabar menantikan hari tersebut.mungkin semua orang takut.tapi bagi aku kiamat adalah hari yang di nanti-nantikan.aku bebas dari segalanya.semua akan mengenali diriku yang sebenar.aku tidak perlu takut-takut dan bersembunyi lagi.aku penat dengan penyamaran ini.aku letih melayan syaitan dan iblis yang tidak putus-putus berusaha untuk melekakan aku.menyesatkan aku.menggangu setiap tugasanku.aku cuba bertahan semampuku.hidup di dunia perlukan dugaan.jadi dugaan aku sangtalah berat dan banyak.tapi aku syukur.kerana dugaan yang datang memberitahu bahawa Allah s.w.t. sangat menyayangiku..
datanglah kiamat.aku menantimu.aku merinduimu.

Sunday, October 2, 2011

tenangkan hatimu...

akan ku jaga hatimu agar tiada kedukaan dan kekecewaan.tidak akan ku biarkan hatimu dilukai.tak akan ku biar dirimu disakiti.walau dari jauh.

Tenangkan lah...

tenangkan lah dirimu dari segala permasalahan,
tenangkan lah hatimu dari segala duka nestapa,
tenangkan lah jiwamu dari segala kekusutan ini,

tenangkan lah diri mu sayang...
tenanglah dalam membuat keputusan,
tenanglah dalam mencari jawapan,
tenanglah dalam mengenal dirimu,
tenanglah dalam mengenal penciptamu,

tenangkan lah dirimu sayang...
jangan biarkah hati menguasai dirimu,
jangan biarkan nafsu merosakan dirimu,
jangan ada kecewa dalam dirimu,
jangan ada hampa dalam hatimu,
jangan berputus asa dengan hidupmu,

tenangkan lah dirimu sayang...
Allah s.w.t sentiasa ada bersamamu.tidak sesekali DIA meninggalkan hambaNYA.
dugaan ini datang kerana Allah s.w.t tahu akan kemampuan dirimu.tidak sesekali DIA memberikan dugaan yang diluar kemampuan hamba-hambaNYA.dugaan ini juga merupakan petanda bahawa DIA menyayangimu.dekat kan dirimu kepadaNYA.jangan berundur sebelum berjuang.teruskan hidupmu.basahkan lidahmu dengan ZIKIRULLAH.penuhkan hatimu dengan bacaan suci AL-QURAN.agar tenang hatimu.agar tenang dirimu.

tenangkan lah dirimu sayang...
doa dariku tidak pernah putus untukmu.doa untuk mu melebihi dari doa untuk diriku.kerana dirimu amat penting.walau berjauhan.walau tidak bersama.kupinta hanya kebaikan untukmu.
tidak tertahan hati ini melihat dikau bersedih.berduka.hancur hatiku.kuatkan la semangatmu.tekadkan azam mu.jangan biarkan tekanan merosakan hatimu yang selama ini suci dan bersih.hati mu yang ikhlas.

tenangkanlah dirimu sayang...
aku sentiasa ada untukmu.selamanya.hingga hari kiamat...

Saturday, October 1, 2011

jahatnya manusia


Pengalaman terbaru bagi kerja-kerja Dalaman Bakti ialah seorang gadis remaja berusia 25 tahun.kisahnya bercinta dengan suami orang.bukan salah gadis tersebut.tetapi lelaki itu bijak menyembunyikan dan bijak menipu.akhirnya apabila semua telah terbongkar si lelaki menggunakan cara yang dihalang oleh Allah s.w.t dan islam.melakukan dosa besar.syirik dan menyekutukan Allah s.w.t.lelaki itu telah menggunakan minyak pengasih supaya gadis itu sentiasa tergila dan tidak dapat melupakanya.jahatnya hati seorang manusia.berbuat khianat.mempercayai sesuatu yang lain selain dari mengharap pada Allah s.w.t.kenapa manusia jadi begini.begitu kejam.

pengalaman pada malam yang sama juga ialah seorang wanita atau isteri telah dikhianati oleh madunya.isteri ke2 si suami.zalimnya.menggunakan bantuan dari tokong di thailand untuk membunuh dan menyakiti.bukankah mati itu perkerjaan Allah s.w.t.mengapa melakukan perkara yang tidak sepatutnya.sedangkan sebagai hamba kita harus patuh kepadaNYA.berbuat perkara yang diperintahkan olehNYA.rasa simpati dan kasihan tak dapat digambarkan melihat seorang isteri yang baik,sabar dan redha.tiada lansung riak marah atau dendam di wajahnya.mulia sungguh hatinya.melihat wajahnya yang pucat dan menahan kesakitan.kejamnya manusia.sayu hati ini apabila terkenangkan betapa zalimnya manusia yang berakal.

inilah petanda akhir zaman yang telah dikatakan oleh rasul junjungan kita.bahawasanya kiamat itu sangatlah hampir apabila zaman semakin maju dan canggih.tetapi hati dan jiwa manusia semakin mundur.semakin jahil.lihat lah disekeliling kita.adakah kita sedar akan petanda ini.janganlah berbuat perkara yang boleh memasukan kamu kedalam golongan orang-orang yang rugi.

selamat hari lahir

selamat hari lahir sayangku.maafkan diriku tidak dapat bersamamu.sesungguhnya aku sangat ingin berada di sampingmu.tapi apakan dayaku.apakan usahaku.jika di ikutkan hati mahu sahaja aku pergi kepadamu.melarikanmu dari segala permasalahan ini.
selamat hari lahir sayangku.jangan lah dikau bersedih.aku doakan kebahagiaan mu senantiasa.tidak pernah aku menyalahkan dirimu.tidak sanggup aku mendengar sesiapa pun menyalahkan dirimu.bukan kehendakmu.bersabarlah sayangku.
selamat hari lahir sayangku.sesungguhnya kau tahu.aku sentiasa ada untukmu.janganlah dikau melupakan diriku.aku sentiasa menantimu sayang.
selamat hari lahir sayangku dari mohd shafri shamsudin.insan yang paling mencintai dirimu.

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang