Luh Mahfuz adalah alam sebelum kita dilahirkan.sebelum kita dihantar ke dalam rahim ibu kita.kita semua telah dikumpulkan di Luh Mahfuz.kita telah dipertontonkan apa yang akan kita lakukan di dunia.kita telah diberikan pesanan dan bimbingan supaya sentiasa mentaati Allah s.w.t.
apabila telah selesai menyaksikan segala perjalanan hidup kita,barulah kita dihantar ke dalam rahim ibu kita.apabila kita lahir dan hidup di dunia janganlah kita hairan apabila kita seakan-akan tahu sesebuah tempat,sesuatu keadaan dan sesuatu suasana.kerana itu lah apa yang kita lihat di Luh Mahfuz.kita akan terntanya-tanya kepada diri kita dan berfikir bahawa seolah-olah kita pernah berada di situ.seolah-olah kita tahu.dan hakikat sebenarnya memang kita tahu.cuma manusia adalah mahluk yang lemah dan lalai.itulah Luh Mahfuz atau pun digelar oleh orang kafir sebagai DEJAVU.di Luh Mahfuz kita telah berikrar dan berjanji bahawa akan menjadi hamba yang berguna dan taat.dan kita juga berjanji akan memulangkan segala yang Allah s.w.t pinjamkan kepada kita dalam keadaan yang baik.apakah kita yakin bahawa kita mampu memulangkan semua itu dengan baik kepada Allah s.w.t.jasad,nikmat,ilmu dan segalanya.adakah kita mampu tunaikan janji-janji kita kepada Allah s.w.t.
sama-samalah kita berfikir dan berusaha untuk menjaga amanah yang Allah s.w.t berikan kepada kita.janganlah kita rosakan segala yang telah di pinjamkan kepada kita.sama-samalah kita berusaha untuk taat kepada Allah s.w.t.sama-samalah kita ingat kembali kepada asal usul kejadian kita.mengenal siapa diri kita dan mengenal siapa pencipta kita.janganlah hidup dalam kesombongan dan takbur.kerana tiada apa pada kita melainkan pinjaman dari Allah s.w.t.
Tuesday, October 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suffer_cation
- wild_honey
- putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
- musafir lalu di tanah usang
No comments:
Post a Comment