Monday, November 16, 2009

sepi

entah kenapa sekarang terasa begitu sepi,
walau teman ada disisi,
walau keluarga diingati,
diri ini tetap terasa sunyi dan sepi...
entah kenapa sekarang terasa begitu sepi,
adakah cinta penawar segalanya,
adakah cinta pada ilahi masih berkuranggan,
aku pun tidak pasti...
semoga tuhan akan memberikan ku jalan dan kemudahan dalam menghadapi semua ini...

Friday, September 11, 2009


renung-renungkan...

ramai org dilahirkan dalam islam.
di bin dan di binti kan mengikut islam.
dibesarkan dengan cara-cara islam.
tapi...
ramai yang hanya dilahirkan dalam islam.
ramai yang di bin dan binti kan mengikut islam.
ramai yang dibesarkan dengan cara-cara islam.
hanya islam pada nama semata-mata.
sedih...
melihat yang dilahirkan dalam islam itu hidup dengan kekufuran.
melihat yang di bin dan binti kan itu melahirkan anak tampa ikatan.
melihat yang dibesarkan cara islam itu tidak tahu membezakan halal dan haram.
ingatlah...
hanya dengan iman dapat menyelamatkan orang islam.
hanya dengan kitab suci AL-QURAN dapat menjadi penawar orang islam.
hanya sunnah dapat menjadi ikutan dan tauladan orang islam.


*umpan yang kecil untuk memerangkap umat islam:
1) sedikit hiburan@karnival-karnival dapat membuatkan kita lupa segalanya.
2) 1 perlawanan LIVE antara MU dan CHELSEA dapat membuatkan berpuluh ribu umat islam leka dan bersorak.
3) kutipan rancangan realiti lebih banyak dari kutipan amal dan kebajikan.

manusia hai manusia...

mengapa begitu sukar untuk hidup dengan cuba sedaya-upaya mengikut segala perintahNYA.
mengapa begitu susah untuk kita cuba sedaya-upaya merubah diri menjadi lebih baik disisNYA.
mengapa begitu besar halangan dan dugaan yang mendatang untuk kita dekat kepadaNYA.
mengapa manusia begitu pelik apabila kita cuba berubah menjadi baik.
mengapa manusia sukar menerima perubahan diri kita.
mengapa manusia memandang serong kepada usaha kita untuk berubah.
mengapa bila berbuat kebajikan ada yang mengata.
mengapa bila kita solat 5 waktu ada yang pertikaikan.
mengapa bila kita basahkan lidah dengan zikirullah ada yang mengeji.
mengapa bila kita terpesong ramai yang tak ambil peduli.
mengapa bila kita sesat tiada sesiapa menegur kita.
mengapa bila kita berbuat dosa tiada seseiapa yang melarang.
manusia hai manusia...
bagaimana dapat aku puaskan hatimu.
disaat aku ingin berubah kau mengata.
disaat aku ingin kembali kepada jalan yang benar kau mepermainkan niatku.
disaat aku berbuat kebajikan kau mempertikaikan.
manusia hai manusia...
apakah yang engkau mahu.
disaat aku terpesong dan sesat kau biarkan aku terkapai-kapai.
disaat aku leka dan lalai kau tidak sesekali menasihatiku.
disaat aku berbuat dosa tidak pernah kau larang.
manusia hai manusia...
janganlah kau menghalang aku untuk berubah.
janganlah kau mengeji atas kebajikan yang aku lakukan.
janganlah kau mematahkan semangatku untuk kembali kepadaNYA.

salah siapa???

baru-baru ini aku ke gombak bersama-sama sahabat yang lain.
pergi kesebuah rumah yang penghuni nya adalah dikalangan hamba allah s.w.t yang berjaya di dunia.si isteri bekerja di sebuah syarikat swasta yang kukuh.suaminya seorang yang berjaya dalam bidang yang dipilihnya.mempunyai sebuah myvi dan sebuah bmw 7 series.kedua-duanya manusia yang berpendidikan agama yang baik.menunaikan solat 5 waktu.pandai mengaji dan berzikir.namun...mengapa allah s.w.t memberi perbagai ujian kepada keluarga mereka.
adakah allah s.w.t kejam kepada hamba yang taat kepadaNYA???
umur pasangan itu dalam lingkungan 45tahun.selama 40tahun mereka hidup penuh bahagia dan nikmat.hanya sejak 5thun kebelakanggan ini sahaja keluarganya ditimpa berbagai masalah dan dugaan.adakah allah s.w.t itu kejam?
manusia dijadikan dengan penuh kelemahan.40 tahun penuh nikmat dan 5 tahun penuh dugaan.mengapa manusia hanya nampak 5 tahun penuh dugaan dan tidak nampak 40 tahun penuh nikmat.angka 40 itu bagaikan tidak pernah wujud.hanya angka 5 yang terus jadi pertikaian.manusia hai manusia...

sedekah

pengalaman di bazar ramadan putrajaya presint 3 yang dapat aku lihat adanya tabung-tabung kebajikan untuk anak yatim.jika dilihat di bzar ramadan putrajaya hampir setiap penjuru dapat dilihat wakil-wakil dari rumah anak yatim.jika dilihat dari pengunjung-pengunjung yang hadir juga bagaikan ombak yang melanda pantai.tidak putus-putus manusia yang hadir untuk membeli juadah berbuka puasa.namun,dalam lautan manusia itu dapat dikira berapa banyak tangan yang ringan memasukan not-not ringgit malaysia kedalam tabung-tabung anak yatim yang disediakan.mungkin bagi meraka anak-anak yatim ini tidak punya perut dan perasaan untuk berhari raya.barangkali nafsu makan mereka lebih besar dari rasa prihatin sesama muslim.nafsu makan mereka telah membuatkan mereka lupa pada tuntuntan di bulan mulia ini iaitu bersedekah.apakah daya ini kerana itu hak individu masing-masing.bagi diriku ini aku cukup tahu bagaimana rasanya hidup tampa ayah diusia yang muda.kehidupan yang perit.alhamdulillah aku lebih bernasib baik kerana punya seorang ibu yang tabah berbanding mereka yang tak punya apa-apa.mungkin hari ini aku senang dan mungkin esok lusa aku boleh jadi lebih susah dari anak-anak yatim itu.semoga umat islam yang ada dapat memberi sedikit bantuan agar mereka semua sama-sama bergembira di hari lebaran nanti...subhanallah...

wild honey 2009

tahun ini beraya di putrajaya.berbakti kepada perbadanan putrajaya.
bulan puasa ini banyak kenangan manis berbanding pahit.
sedaya upaya cuba untuk melawan diri sendiri=NAFSU.
nak kata menang...belum lagi rasanya.banyak lagi nak kena ubah.
alhamdulillah...bukan berkat hi-o...tapi berkat dari ilahi.
rezeki dan sumber duit tak pernah putus.
mungkin itu balasan dari yang maha esa diatas keikhlasan dalam membantu orang lain.
semoga rasa rendah diri dan ihklas ini tidak akan hilang buat selama-lamanya.
ALLAH MAHA BESAR...

Tuesday, August 25, 2009

terus mencari

area salak tinggi...
mencari dan menambah ilmu dan apa yang masih belum terjawab...

Sunday, June 21, 2009

sekarang...

sekarang nie susah sikit.banyak masalah yang melanda dan banyak nikmat yang mendatang.
kalau kita fikir negatif semuanya rasa membebankan.tapi alhamdulillah,buat masa ini aku masih lagi berfikiran positif.kalau tak ada dugaan dan rintangan tak ceria lah hidup.barulah rasa lebih bermakna dan matang...matang dengan tipu daya dan godaan dunia.tak lupa pada rasa sakitnya cinta......;)

Friday, March 13, 2009

aku...

musaffir lalu ditanah usang,
mencari sinar dalam kegelapan diri...

hakikat...

tampa agama siapalah kita,
tampa bangsa siapalah kita,
tampa negara siapalah kita,
tak melayu hilang di dunia,
jadilah melayu yang beriman kepada allah s.w.t,
jadilah melayu yang setia kepada bangsanya sendiri,
jadilah melayu yang setia kepada negaranya sendiri,
raja adil raja dijulang,
raja zalim raja disanggah,
pantang anak melayu dicabar,
pantang agama ku dipersendakan,
hidup dengan penuh rasa hormat tetapi bukan takbur,
hidup dengan keamanan tetapi penuh persediaan,
berpantang maut sebelum ajal...
takbir...

my galery






















my galeri






















Thursday, January 29, 2009

nafsu

musuh yang paling besar dan paling utama bagi setiap orang yang beriman,
bagi yang tak beriman tue kira mcm biasa je benda nie,
dan setiap daripada kita yang beriman wajib berjihad menentang hawa nafsu sendiri,
ianya sgt halus dan tidak dapat dijangka kan,
hanya dengan iman dan ketakutan kepada ALLAH s.w.t yang dapat membantu,
jangan biarkan dirimu hanyut dibuai nafsu serakahmu,
jangan birakan dirimu musnah dengan kegilaan nafsu serakahmu,
sedarlah sahabat-sahabatku,
bangkitlah sahabat-sahabatku,
hanya dirimu dapat membantu dirimu,
hanya dirimu dapat meyelamatkan dirimu,
jadilah orang islam yang beriman
kerana di dalam al-quran dan hadits HANYA menyebut orang-orang yang berjaya hanyalah orang-orang yang beriman....

Saturday, January 10, 2009

2009...

kedatangan 2009 disambut dengan darah,
kedatangan 2009 disambut dengan air mata,
kedatangan 2009 disambut dengan teriakan,
kedatanagan 2009 disambut dengan kehancuran.
itulah dunia baru yang disambut oleh sahabat-sahabat dan saudara-saudara seagama kita.
berjuang mempertahankan kesucian agama,
berjuang mempertahankan maruah bangsa,
berjuang mempertahankan harga diri.
itulah dunia baru yang menanti sahabat-sahabat dan saudara-saudara segama kita.
lihatlah diri kita sendiri,jika ianya terjadi kepada kita,
apakah kita mampu,
adakah kita kuat,
adakah kita tegar,
lihatlah anak bangsa kita sendiri,
terkinja-kinja macam b***k mengikutkan budaya barat.
alhamdulillah kepada ilahi jika ianya berlaku kepada kita,
syukur teramat sangat jika ia menimpa kita semua,
supaya kita sedar dari mimpi-mimpi indah yang palsu ini,
supaya kita sedar dari dibuai lena ini.
bersabar lah saudaraku di sana,
1 hari nanti pasti akan terbela nasibmu,
hanya menanti KIAMAT menjelma...

Friday, January 2, 2009

fail 2009 bermula

fail no:0001
tarikh:1.1.2009
lokasi:teras jernang-desa sentosa-
kod:kuning
status:selesai

fail no:0002
tarikh:3.1.2009
lokasi:bangi lama
kod:-
status:-

*akan dikemaskini kan...

2009

selamat tahun baru
bermakna kita semakin dewasa
kita semakin matang dan semakin tua.
selamat tahun baru
bermakna dunia semakin teruk
dunia semakin hancur dan kacau
dunia semakin liar dan rosak.
selamat tahun baru
bermakna......KIAMAT semakin dekat...;)
apa yang kita bawa untuk tahun 2009 dari tahun 2008?
pastinya pengalaman dan ilmu yang telah kita lalui,
sebagai persediaan dan perancangan untuk tahun 2009 ini.
nampaknya fail-fail 2008 telah ditutup dengan kemas.
segala ilmu dan pengalaman disimpan di dalam hati dan akal.
muar...1 kenangan yang paling berharga buat semua sahabat.
di sana kita menempuh berbagai rintangan dan nikmat bersama.
walau ada sengketa antara kita,cepat dan ihlas kita perbetulkanya.
kepada sahabat-sahabatku...teman seperjuangan:
1) wira
2) chor
3) john
4) bob
tawakaltu...lillahita'alla..fisabilillah...
biar apa pun yang tiba tetap kita sambut dan hadapi bersama.
salam alaika ya khalifatullah...

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang