Wednesday, July 30, 2008

aduhai perempuan...

aduhai perempuan...
tidak nampak yang benar dan yang silap,
tidak nampak antara kaca dan permata,
aduhai perempuan...
begitu mudah ditipu dengan kata-kata manis,
begitu mudah diperdaya dengan belaian manja,
begitu mudah dirosakan dengan janji-janji manis,
aduhai perempuan...
jangan ditutupkan mata hatimu,
jangan ditutupkan kebenaran dengan kelekaan,
jangan hanya memandang yang indah dan elok,
aduhai perempuan...
layanan yang baik tak melambang kan erti,
belaian yang manja tak melambangkan budi,
kata-kata yang lembut tak menjanjikan apa-apa,
aduhai perempuan...
matanglah...matanglah...dalam menilai...

Saturday, July 19, 2008

junjunganku...

' jadikanlah aku cinta kepadaMU dan cinta kepada kekasihMU'


i want it end 4ever....

malam ini...

malam ini sepi.
malam ini sunyi .
seperti malam-malam sebelumnya.
aku masih tercari diri ini.
aku masih kosong dalam diri.
apakah yang masih belum sempurna.
apakah kekurangan yang masih tidak terisi.
erm...
hiasilah dan terangilah malam dengan amal dan ibadah.
seolah-olah kita akan mati di pagi nanti.
kerana itulah malamku terus sepi.
kerana itulah malamku terus sunyi.
aku mencuba sebaik mungkin.
aku mencuba sedaya-upayaku.

1 tujuan,2 haluan...

adakah kita sedar bahawa setiap daripada kita ini mempunyai 1 tujuan sahaja,
adakah kita sedar bahawa untuk menuju ke 1 tujuan tersebut kita hanya mempunyai 2 haluan sahaja,
adakah kita pernah terfikirkanya,
adakah kita pernah membayangkanya,
1 tujuan dan 2 haluan.adakah kita faham,
untuk sampai ke 1 tujuan ini kita wajib menempuh 2 haluan yang berbeza,
haluan yang manakah akan kita pilih untuk sampai ke 1 tujuan kita,
haluan disebelah kanankah,
haluan disebelah kirikah,
haluan yang selamat dan mudah,
haluan yang merbahaya dan sukar,
itu semua terpulang kepada kita,
itu semua terpulang kepada hati kita,
apakah yang kita mahu di dunia ini,
apakah yang kita cari di dalam hidup ini,
apabila kita sudah faham dan mengerti dengan apa yang kita mahukan dan apa yang kita cari,
kita akan jumpa haluan yang betul dan sesuai bagi kita,
wajib bagi kita mencari haluan ini,
jangan biarkan diri kita hanyut tampa haluan dan pedoman,
sesungguhnya kita akan tetap sampai kepadaNYA,
1 tujuan yang pasti tidak dapat kita elak...

hakikat...

hakikat kenyataan memang berat nak diterima,
adakala hakikat dan kenyataan itu memang perit,
terpulang kepada cara kita menerima setiap hakikat,
adakah kita menerimanya dengan redha dan sabar,
adakah kita menerimanya dengan amarah dan keluhan,
hakikat kenyataan ini memang tak terduga,
hakikat kenyataan ini memang tak seperti yang dirancang,
namun...
kita mesti menerimanya dengan hati yang terbuka,
supaya kekecewaan atau kejayaan yang diterima tidak melalaikan kita,
janganlah kita bersikap angkuh dan takbur,
...
adakah setiap hakikat itu telah tertulis sejak azali,
atau...
hakikat itu ditentukan oleh kita sendiri,
renungkanlah...

Wednesday, July 16, 2008


kenapa...

kenapa hidup nie sukar sangat...
kenapa hidup nie x berlaku seperti apa yang kita rancangkan...
pasti ada sesuatu yang kita tidak tahu...
kerana kita adalah makhluk yang lemah dan terbatas...
sesungguhnya allah s.w.t itu maha mengetahui...
kenapa...
kenapa kita nak merungut...
kenapa kita nak mengeluh lagi...
sebenarnya kebenaran telah ada dihadapan kita...

Saturday, July 12, 2008

awan...

adakah kita sedari bahawasanya iman dalam diri kita umpama awan,
tidak kekal,
tidak utuh,
datang sang angin awan akan beransur-ansur hilang ditiup angin,
datang ribut dan taufan awan bertukar menjadi gelap dan mendung,
...........
memang iman kita umpama awan...
begitu mudah berubah mengikut angin...
memang iman kita awan...
menjadi gelap dan mendung dilanda ribut...

Wednesday, July 9, 2008

yakinlah...

yakinlah dengan kebenaran yang ada dihadapan matamu...
yakinlah dengan kebesaran dan kekuasaan sang maha pencipta...
sesungguhnya amatlah rugi jika kamu sering mempertikaikan...
sesungguhnya amatlah rugi jika kamu mencurigai nikmat kurniaNYA...
carilah diri yang sebenar...
carilah tujuan mengapa kita dijadikan...
carilah ia agar kamu mengerti...
carilah ia agar kamu faham akan diri sendiri...
bukalah mata...
bukalah mata hati...
bukalah minda...
jangan dibutakan dengan hawa nafsu...
jangan dibutakan dengan sifat degil kamu...
jangan dibutakan oleh kesombongan kamu...

Monday, July 7, 2008

kun fayakun...

KUN FAYAKUN...
fahamkah kita dengan makna ayat tersebut,
fahamkah kita dengan maksud ayat tersebut,
KUN FAYAKUN...
manusia sering kali membataskan kekuasaan yang esa,
manusia sering kali menafikan keagungan yang kuasa,
manusia sering berfikir dangan logik akalnya yang sangat cetek,
mengapa manusia bersifat begini,mengapa manusia jadi begini,
mengapa manusia jadi sebegitu sombong dan angkuh,
mengapa manusia jadi begitu bodoh dan dungu,
KUN FAYAKUN...
sesungguhnya allah s.w.t itu berhak melakukan apa sahaja,
sesungguhnya allah s.w.t itu mampu melakukan apa sahaja,
apa sahaja yang dikehedakiNYA pasti akan terjadi,
tak tercapai akal untuk kita memikirkanya
DIAlah yang maha kuasa lagi maha kaya,
tak terbatas segala kekuasaaNYA,
KUN FAYAKUN...
mengapa tidak kita terima rahmatNYA dengan kesyukuran,
mengapa tidak kita terima kasih-sayangNYA dengan kesyukuran,
mengapa tidak kita terima nikmatNYA dengan kesyukuran,
mengapa mesti ada perasaan was-was,
mengapa mesti ada perasaan ragu,
sedangkan kita tahu kebenaranNYA...
sesungguhnya kamulah musuhku,
sesungguhnya kamulah orang yang kerugian...

kadang-kadang...

kadang-kadang apa yang kita rasakan baik tak semestinya baik,
kadang-kadang apa yang kita rasakan buruk tak semestinya buruk,
kadang-kadang kita rasakan pilihan kita sudah betul,
kadang-kadang kita rasakan pilihan kita sudah tepat,
kita hanyalah manusia yang mampu merancang,
tuhan itu maha kaya dan maha kuasa lagi maha mengetahui,
janganlah kita sempitkan hati dan fikiran kita dengan perasaan diri kita sendiri,
janganlah kita halang kebenaran yang hak dangan perasaan cinta dan sayang kita,
pasti ada sebab mengapa kita jadi begini sekarang,
pasti ada sebab mengapa kita di sini sekarang,
fikirkanlah kekuasaanNYA,
janganlah dibutakan hati...

Saturday, July 5, 2008


dimanakah...

dimanakah keluargaku...
dimanakah kekasihku...
dimanakah cintaku...
dimanakah temanku...
dimanakah hartaku...
dimanakah kemashuranku...
dimanakah kehidupanku...
kemanakah semuanya menghilang...
kemanakah semuanya meninggalkanku...
menggapa dibiarkan aku keseorangan...
menggapa dibiarkan aku sendirian...
menggapa dibiarkan aku sunyi...
adakah keluargaku lupa pada jasa-jasaku...
adakah kekasihku lupa pada pengorbananku...
adakah cintaku lupa pada kesetiaanku...
adakah teman-temanku lupa kejujuranku...
adakah hartaku lupa pada titik peluhku...
adakah kemashuranku lupa pada usahaku...
adakah kehidupanku lupa pada diriku...
dimanakah semuanya...
.........................................
semuanya telah kutinggalkan...
kini,aku sendirian di dalam liang lahadku...
kini,aku keseorangan dalam kegelapan...
dimanakah amalanku...
dimanakah pahalaku...
adakah semuanya telah cukup untuk membantuku...
adakah aku telah menjadi hamba yang baik sewaktu hayatku...
adakah aku telah mengikut segala perintahNYA...
adakah aku telah meninggalkan segala laranganNYA...
adakah aku telah bersedia...

kiamat sudah dekat...

kiamat sudah dekat...
penamatnya hampir tiba...
kenapa tiada sesiapa peduli tentangnya...
adakah kerana mereka sudah bersedia menghadapinya...
tiada langsung perasaan takut dalam diri mereka...
tiada langsung perasaan gentar dalam hati mereka...
adakah meraka tidak nampak tanda-tandanya telah muncul...
adakah mereka buta...atau sengaja membutakan hati mereka...
adakah hiburan melalaikan mereka semua...
adakah kekayaan melupakan mereka semua...
kiamat sudah dekat...
masjid-masjid dibina bukan untuk tujuan beramal...
fitnah-fitnah berleluasa bagaikan ulat ditimbunan sampah...
pemimpin-pemimpin yang zalim dan dusta disanjung-sanjung...
ulama-ulama tidak lagi mempertahankan kebenaran...
kiamat sudah dekat...
ampunkanlah segala kelalaian kami...
ampunkanlah segala kelekaan kami...
hanya kepadaMU kami memohon...
selamatkanlah kami dari azabMU...

hidup ini...

hidup ini indah,
hidup ini nikmat,
hidup ini anugerah,
selama ini masa bagaikan cepat berlalu,
dulu aku kanak-kanak,
dulu aku remaja,
kini aku dewasa,
seronoknya hidup ini,
walau berbagai rintangan dan dugaan,
hidup ini tetap seronok.macam-macam yang telah kutempuhi,
macam-macam cabaran telah ku lalui,
kadang-kadang rasa putus asa,
kadang-kadang rasa kecewa,
namum,hidup ini bukan untuk berseronok sahaja,
sesungguhnya hidup ini adalah 1 jalan yang panjang,
jalan untuk kita kembali kepada yang maha kuasa,
jalan yang akan menentukan hala tujuan kita selepas ini.

Friday, July 4, 2008

mulanya & tamatnya...

setiap manusia mempunyai permulaan yang sama,
kemudian,pilihanlah yang menjadikan kita berbeza,
setiap manusia mempunyai penamat yang sama,
terpulanglah bagaimana kita mahu menamatkanya.


biarkan...

biarkan ape sahaja yang orang katakan kepada kita,
biarkan ape saja pandangan orang kepada kita,
biarkan apa saja anggapan orang kepada kita,
biarlah mereka memandang hina kepada kita,
biarlah mereka merendahkan diri kita,
biarlah mereka memburukan diri kita,
biarlah kita miskin di dunia,
biarlah kita hina di dunia,
namum...
JANGAN biarkan tuhan memandang hina kepada kita,
JANGAN biarkan tuhan memandang rendah diri kita,
JANGAN biarkan kita miskin di akhirat kelak,
JANGAN biarkan kita hina di akhirat kelak,
sesungguhnya kita manusia sangatlah lemah
kita hanya memikirkan tanggapan orang lain kepada kita
kita hanya memikirkan tanggapan sesama manusia
kita lupa sama sekali untuk memikirkan tanggapan allah s.w.t
kita lupa kepadaNYA...kita lalai kepadaNYA...


semalam,hari ini,esok...

semalam...
aku masih bernafas.aku masih bernyawa.
aku masih mampu ke tempat kerja.
aku masih mampu menggunakan tulang empat keratku.
aku masih merasai deria pancainderaku.
aku gembira,ketawa,seronok dengan teman-teman.
aku menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
hari ini...
aku masih juga bernafas.aku masih juga bernyawa.
aku masih ke tempat kerja seperti biasa.
aku masih mampu menggunakan tulang empat keratku.
aku masih merasai semua deria pancainderaku.
aku masih bergembira,ketawa,berseronok dengan teman-temanku.
aku masih menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
esok...
aku tak tahu...
adakah aku masih bernafas.adakah aku masih bernyawa.
adakah aku masih mampu ke tempat kerjaku.
adakah aku mampu menggunakan tulang empat keratku.
adakah aku masih dapat merasai deria pancainderaku.
adakah aku dapat bergembira,ketawa,berseronok dengan teman-temanku.
adakah aku masih dapat menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
aku tak tahu...adakah masih ada esok bagiku...
aku tak tahu...adakah...
atau...mungkin....
aku akan mati hari ini.kemalangan.atau aper sahaja.
adakah aku sudah bersedia???

Thursday, July 3, 2008

mujahidin fisabilillah...

TAKBIR......3x

cinta...

cinta adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan oleh sesiapa.
cinta adalah sesuatu yang misteri yang tak tercapai akalmu.
cinta datang dengan sendiri tampa dipinta atau dipaksa.
untuk mencintai adalah sangat mudah.
untuk dicintai adalah sangat sukar.
carilah cinta yang suci dan kekal azali.
jauhilah cinta yang belandaskan nafsu semata.
cintailah allah s.w.t,
cintailah junjungan s.a.w,
cintailah kitab suci al-quran,
cintailah kedua-dua orang tua,
cintailah diri sendiri,
jika kesemua cinta ini telah lengkap dalam dirimu.
kamu telah layak untuk menyintai dan dicintai.
jika dirimu belum lengkap dengan cinta ini.
kamu belum layak untuk mencintai dan dicintai.
jauhilah cinta nafsu kerana nafsu akan memusnahkan cinta itu sendiri.
jauhilah cinta nafsu kerana nafsu akan memusnahkan diri anda sendiri.
carilah cinta yang sebenar agar kita benar-benar merasai nikmatnya cinta.
carilah cinta yang sebenar agar kita benar-benar merasai sucinya cinta.
cinta itu buta,tetapi kita tidak buta.
cinta itu gila,tetapi kita tidak gila.
sesungguhnya cinta yang kekal hanyalah cinta kepadaNYA.

i love islam 4ever


sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah keranaMU.
sesungguhnya agamaMU sangat mulia dan suci.
hidupkanlah dan matikanlah aku di dalam ISLAM.

Wednesday, July 2, 2008

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.
;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3)Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

renungkanlah wahai hamba..

Mati ialah benda yang paling hampir dengan kita.
Masa silam adalah benda yang paling jauh dengan kita.
Hawa nafsu adalah benda yang paling besar di dunia.
Amanah adalah benda yang paling berat di dunia.
Meninggalkan solat adalah benda yang paling ringan di dunia.
Lidah adalah benda yang paling tajam di dunia.

ingatlah,
bila-bila masa kita boleh mati.tidak dapat kita gambarkan atau kita duga bagaimana kita akan mati.tetapi apa yang pasti ialah kita akan mati.tidak ada 1 kuasa pun yang dapat mengahalangnya.setiap apa yang bernyawa apsti akan menghadapi sakaratulmaut.
ingatlah,
walau bagaimana cara sekalipun,walau betapa banyak daya dan usaha,walau betapa banyak duit kita gunakan,kita tetap tidak dapat menebus masa silam kita.ianya telah berlalu menjadi pengalaman.menjadi kenangan.gunakanlah masa-masa mendatang kita dengan sebaiknya.
ingatlah,
hanya berbekalkan dengan iman dan ketaqwaan yang kukuh barulah dapat kita melawan hawa nafsu kita sendiri.nafsu adalah sesuatu yang sukar dikawal.jika diturutkan nafsu pasti lesu.
tanamkan di dalam hati,jiwa dan diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dihisab.
ingatlah,
berjanji dan sanggup memang mudah.tetapi akibat dari pada janji dan kesanggupan itulah yang akan membawa kita ke neraka.yang akan merugikan kita di akhirat kelak.di dunia tiada sesiapa yang nampak akan balasanya.berjanjilah dan sangguplah sekadar kemampuan kita.
ingatlah,
meninggalkan solat adalah benda yang paling ringan dan paling mudah dilakukan.walaupun kita sedar bahawa solat itulah tiang agama.solat itulah amalan yang sangat penting.tetapi meninggalkan solat adalah sangat mudah dan senang dilakukan.
ingatlah,
ketajaman lidah dalah lebih menusuk dari ketajaman sebilah pedang.ketajaman lidah mampu meruntuhkan sesebuah ikatan.ketajaman lidah mampu memusnahkan sesebuah negara.
sesungguhnya lidah itu adalah bahaya yang sangat besar jika disalah gunakan.

Renung-renungkanlah wahai sahabat..,
sesungguhnya aku teramat rindu kepadamu wahai pencipta,
sesungguhnya akau teramat cinta kepadamu wahai pencipta,
aku ingin kembali menemuimu,
aku ingin kembali menghadapmu,
membawa segala amalan kebaikanku,
membawa segala amalan kemungkaranku,
hisablah diriku ya allah s.w.t,
hitungkanlah amalanku ya allah s.w.t,
ampunkanlah segala salah dan silapku,
maafkan lah segala kelalaianku dan kealpaanku,
hanya keampunanmu menjadi dambaanku,
hanya kasih sayangmu menjadi keinginanku,
ya allah s.w.t,
tuhan sekalian alam...

solat sebelum disolatkan...


'Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hamb NYA dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan'
as-syuraa 25.

basahkanlah lidahmu dengan zikirullah,
lembutkanlah hatimu dengan zikirullah,
tenangkan jiwamu dengan zikirullah.....

suffer_cation


its me......

Tuesday, July 1, 2008

al-fatihah untuk abah...

untuk abah tercinta yang telah kembali ke pangkuan ilahi.
walau diri ini tidak sempat membalas segala jasa,
walau diri ini tidak sempat membalas segala budimu,
hanya dengan amalan dan keimanan yang ada dapat ku balas,
hanya dengan amanah dan tanggugjawab dapat ku balas,
menjaga keluarga,adik-beradik dan diriku,
berbahagialah dirimu disana,
amanlah dirimu disana,
tenaglah dirimu disana,
akan ku hadiahkan al-fatihah kepadamu setiap masa,
akan kuhadiahkan segala amalku kepadamu sepanjang hayat,
ampunkanlah dan maafkanlah segala salah silapku,
halalkan lah segala makan minumku selama ini,
sesungguhnya diriku amat merindui dirimu,
benarlah kata-kata pujangga,
apabila dirimu kembali,dikau bawa segala kenangan
abah...
beratnya tanggujawab ini,
beratnya amanah ini,
kini kusedar betapa besarnya pengorbananmu,
kini ku sedar betapa tabahnya dirimu,
abah...semoga kita dapat bertemu lagi di akhirat kelak...

lonely angel...

the brokenheart of angel
the lonely angel

team building 2008







wanita...


ingatlah wanita,
dirimu umpama madu,
dirimu umpama racun,
dirimu segala penawar,
dirimu segala kesakitan,
dirimu adalah kejayaan kepada adam,
dirimu adalah kejatuhan kepada adam,
kejadianmu adalah kekuatan adam,
kejadianmu adalah kelemahan adam,
ingatlah wanita,
dirimu paling mudah ke syurga,
dirimu paling mudah ke neraka,
berbanggalah wanita dengan kejadianmu,
berbanggalah wanita dengan sifat-sifatmu,
berbanggalah wanita dengan kecantikanmu,
ingatlah wanita,
kecantikanmu tidak kekal zaman,
kecantikanmu boleh membawa keburukan,
kecantikanmu membawa hasad dan dengki,
ingatlah wanita,
kemalangan boleh merubahkan segala kecantikanmu,
kesakitan boleh merubahkan segala peribadimu,
kesempitan boleh merubah segala akhlakmu,
bersyukurlah wanita dengan sifat kejadianmu,
seseungguhnya dikaulah pelengkap kejadian seorang lelaki,
sesungguhnya dikaulah rusuk yang dicari-cari...

hidup ini...


hidup ini tak semudah yang disangkakan...
hidup ini tak seindah yang dijangkakan...
hidup ini sukar digambarkan...
hidup ini sukar untuk di duga...
tak semua yang kita rancangkan akan berjaya...
tak semua yang kita mahukan menjadi milik kita...
hidup ini indah...
hidup ini misteri...
hidup ini persoalan...
hidup ini satu amanah...
kadangkala kita tertanya-tanya kepada allah s.w.t...
adakah hidup kita ini adil dan saksama...
adakah hidup kita ini penuh keperitan dan kesengsaraan...
kita hairan...
kita buntu...
kita bingung...
kenapa?
kenapa?
kenapa?
kenapa apa yang kita mahukan tidak kita perolehi...
kenapa apa yang kita hajatkan tidak kesampaian...
sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah...
sesungguhnya kita adalah hamba yang tak berupaya...
sesungguhnya allah s.w.t itu maha mengetahui...
seseungguhnya allah s.w.t itu maha penyayang...
kadangkala apa yang kita hajatkan itu bukanlah yang terbaik bagi kita...
kadangkala apa yang kita inginkan itu bukanlah kebahgiaan bagi kita...
bersyukurlah dengan setiap nikmat dan kurnia...
redhalah dengan setiap dugaan dan cabaran...
seseungguhnya kita hanya mampu merancang...
tuhan yang menentukan yang terbaik bagi kita...
berusahalah...
berdoalah...
bertawakalah...
berserahlah...
janganlah sesekali kita mempertikaikan...
janganlah sesekali kita mempersoalkan...
janganlah kita termasuk dikalangan orang-orang yang rugi...

musafir lalu mengemis di bumi allah s.w.t

kita adalah musafir lalu di bumi allah s.w.t,
musafir yang kehausan dan kelaparan,
musafir yang tercari-cari di tanah usang...

kita adalah musafir yang meminta-minta,
kita adalah musafir yang tercari-cari,
janganlah ada sifat sombong dan angkuh,
sesungguhnya kita hanyalah mengemis di bumi allah s.w.t...

angkatlah tangan kita ke langit,
tadahkan lah jari-jemari kita ke langit,
pintalah...mintalah...pohonlah...
dari yang maha esa...


janganlah malu,janganlah segan,janganlah takbur,
untuk menadah tangan meminta-minta,
sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah,
sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah,
kitalah hamba yang dijadikan untuk meminta,
kitalah hamba yang dijadikan untuk mengharap,
kepada yang maha esa dan maha kuasa...

kita adalah musafir yang mengemis di bumi allah s.w.t...

jihad...


hidup ini satu jihad yang tiada penhujungnya...
setiap detik,setiat saat,setiap minit,setiap jam,setiap masa...
nafas naik dan nafas turun kita,degup jantung kita...
adalah semata-mata kerana jihad...
jihad mencari keredaan yang maha kuasa di dalam kehidupan kita...
kita dijadikan sebagai khalifah...
kita dijadikan sebagai hamba yang hina...
mencari sinar keredaan allah s.w.t...
mencari syafaat junjungan kita muhammad s.a.w...
hidup ini umpama satu pentas...
pentas dimana kita adalah wataknya...
yang diarahkan oleh 2 pengarahnya...
samada kita memilih untuk mengikut arahan dari allah s.w.t...
atau mengikut arahan dari iblis laknatullah...
terpulang kepada kita untuk memilih...
pilihlah jalan yang terbaik untuk kita...
jalan yang memberikan keredhaan di dunia dan di akhirat...

amin ya robbal alamin...

fisabillilah

sesungguhnya 2 titisan yang diambil kira oleh allah s.w.t adalah titisan darah orang yang berjuang mempertahankan agama allah.s.w.t.
dan juga titisan air mata hamba yang menyesali diatas setiap perbuatan mungkarnya diatas muka bumi allah s.w.t ini...

khalifah mencari sinar dalam kehidupan


suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang