Wednesday, July 2, 2008

renungkanlah wahai hamba..

Mati ialah benda yang paling hampir dengan kita.
Masa silam adalah benda yang paling jauh dengan kita.
Hawa nafsu adalah benda yang paling besar di dunia.
Amanah adalah benda yang paling berat di dunia.
Meninggalkan solat adalah benda yang paling ringan di dunia.
Lidah adalah benda yang paling tajam di dunia.

ingatlah,
bila-bila masa kita boleh mati.tidak dapat kita gambarkan atau kita duga bagaimana kita akan mati.tetapi apa yang pasti ialah kita akan mati.tidak ada 1 kuasa pun yang dapat mengahalangnya.setiap apa yang bernyawa apsti akan menghadapi sakaratulmaut.
ingatlah,
walau bagaimana cara sekalipun,walau betapa banyak daya dan usaha,walau betapa banyak duit kita gunakan,kita tetap tidak dapat menebus masa silam kita.ianya telah berlalu menjadi pengalaman.menjadi kenangan.gunakanlah masa-masa mendatang kita dengan sebaiknya.
ingatlah,
hanya berbekalkan dengan iman dan ketaqwaan yang kukuh barulah dapat kita melawan hawa nafsu kita sendiri.nafsu adalah sesuatu yang sukar dikawal.jika diturutkan nafsu pasti lesu.
tanamkan di dalam hati,jiwa dan diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dihisab.
ingatlah,
berjanji dan sanggup memang mudah.tetapi akibat dari pada janji dan kesanggupan itulah yang akan membawa kita ke neraka.yang akan merugikan kita di akhirat kelak.di dunia tiada sesiapa yang nampak akan balasanya.berjanjilah dan sangguplah sekadar kemampuan kita.
ingatlah,
meninggalkan solat adalah benda yang paling ringan dan paling mudah dilakukan.walaupun kita sedar bahawa solat itulah tiang agama.solat itulah amalan yang sangat penting.tetapi meninggalkan solat adalah sangat mudah dan senang dilakukan.
ingatlah,
ketajaman lidah dalah lebih menusuk dari ketajaman sebilah pedang.ketajaman lidah mampu meruntuhkan sesebuah ikatan.ketajaman lidah mampu memusnahkan sesebuah negara.
sesungguhnya lidah itu adalah bahaya yang sangat besar jika disalah gunakan.

Renung-renungkanlah wahai sahabat..,

No comments:

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang