Friday, September 11, 2009


renung-renungkan...

ramai org dilahirkan dalam islam.
di bin dan di binti kan mengikut islam.
dibesarkan dengan cara-cara islam.
tapi...
ramai yang hanya dilahirkan dalam islam.
ramai yang di bin dan binti kan mengikut islam.
ramai yang dibesarkan dengan cara-cara islam.
hanya islam pada nama semata-mata.
sedih...
melihat yang dilahirkan dalam islam itu hidup dengan kekufuran.
melihat yang di bin dan binti kan itu melahirkan anak tampa ikatan.
melihat yang dibesarkan cara islam itu tidak tahu membezakan halal dan haram.
ingatlah...
hanya dengan iman dapat menyelamatkan orang islam.
hanya dengan kitab suci AL-QURAN dapat menjadi penawar orang islam.
hanya sunnah dapat menjadi ikutan dan tauladan orang islam.


*umpan yang kecil untuk memerangkap umat islam:
1) sedikit hiburan@karnival-karnival dapat membuatkan kita lupa segalanya.
2) 1 perlawanan LIVE antara MU dan CHELSEA dapat membuatkan berpuluh ribu umat islam leka dan bersorak.
3) kutipan rancangan realiti lebih banyak dari kutipan amal dan kebajikan.

manusia hai manusia...

mengapa begitu sukar untuk hidup dengan cuba sedaya-upaya mengikut segala perintahNYA.
mengapa begitu susah untuk kita cuba sedaya-upaya merubah diri menjadi lebih baik disisNYA.
mengapa begitu besar halangan dan dugaan yang mendatang untuk kita dekat kepadaNYA.
mengapa manusia begitu pelik apabila kita cuba berubah menjadi baik.
mengapa manusia sukar menerima perubahan diri kita.
mengapa manusia memandang serong kepada usaha kita untuk berubah.
mengapa bila berbuat kebajikan ada yang mengata.
mengapa bila kita solat 5 waktu ada yang pertikaikan.
mengapa bila kita basahkan lidah dengan zikirullah ada yang mengeji.
mengapa bila kita terpesong ramai yang tak ambil peduli.
mengapa bila kita sesat tiada sesiapa menegur kita.
mengapa bila kita berbuat dosa tiada seseiapa yang melarang.
manusia hai manusia...
bagaimana dapat aku puaskan hatimu.
disaat aku ingin berubah kau mengata.
disaat aku ingin kembali kepada jalan yang benar kau mepermainkan niatku.
disaat aku berbuat kebajikan kau mempertikaikan.
manusia hai manusia...
apakah yang engkau mahu.
disaat aku terpesong dan sesat kau biarkan aku terkapai-kapai.
disaat aku leka dan lalai kau tidak sesekali menasihatiku.
disaat aku berbuat dosa tidak pernah kau larang.
manusia hai manusia...
janganlah kau menghalang aku untuk berubah.
janganlah kau mengeji atas kebajikan yang aku lakukan.
janganlah kau mematahkan semangatku untuk kembali kepadaNYA.

salah siapa???

baru-baru ini aku ke gombak bersama-sama sahabat yang lain.
pergi kesebuah rumah yang penghuni nya adalah dikalangan hamba allah s.w.t yang berjaya di dunia.si isteri bekerja di sebuah syarikat swasta yang kukuh.suaminya seorang yang berjaya dalam bidang yang dipilihnya.mempunyai sebuah myvi dan sebuah bmw 7 series.kedua-duanya manusia yang berpendidikan agama yang baik.menunaikan solat 5 waktu.pandai mengaji dan berzikir.namun...mengapa allah s.w.t memberi perbagai ujian kepada keluarga mereka.
adakah allah s.w.t kejam kepada hamba yang taat kepadaNYA???
umur pasangan itu dalam lingkungan 45tahun.selama 40tahun mereka hidup penuh bahagia dan nikmat.hanya sejak 5thun kebelakanggan ini sahaja keluarganya ditimpa berbagai masalah dan dugaan.adakah allah s.w.t itu kejam?
manusia dijadikan dengan penuh kelemahan.40 tahun penuh nikmat dan 5 tahun penuh dugaan.mengapa manusia hanya nampak 5 tahun penuh dugaan dan tidak nampak 40 tahun penuh nikmat.angka 40 itu bagaikan tidak pernah wujud.hanya angka 5 yang terus jadi pertikaian.manusia hai manusia...

sedekah

pengalaman di bazar ramadan putrajaya presint 3 yang dapat aku lihat adanya tabung-tabung kebajikan untuk anak yatim.jika dilihat di bzar ramadan putrajaya hampir setiap penjuru dapat dilihat wakil-wakil dari rumah anak yatim.jika dilihat dari pengunjung-pengunjung yang hadir juga bagaikan ombak yang melanda pantai.tidak putus-putus manusia yang hadir untuk membeli juadah berbuka puasa.namun,dalam lautan manusia itu dapat dikira berapa banyak tangan yang ringan memasukan not-not ringgit malaysia kedalam tabung-tabung anak yatim yang disediakan.mungkin bagi meraka anak-anak yatim ini tidak punya perut dan perasaan untuk berhari raya.barangkali nafsu makan mereka lebih besar dari rasa prihatin sesama muslim.nafsu makan mereka telah membuatkan mereka lupa pada tuntuntan di bulan mulia ini iaitu bersedekah.apakah daya ini kerana itu hak individu masing-masing.bagi diriku ini aku cukup tahu bagaimana rasanya hidup tampa ayah diusia yang muda.kehidupan yang perit.alhamdulillah aku lebih bernasib baik kerana punya seorang ibu yang tabah berbanding mereka yang tak punya apa-apa.mungkin hari ini aku senang dan mungkin esok lusa aku boleh jadi lebih susah dari anak-anak yatim itu.semoga umat islam yang ada dapat memberi sedikit bantuan agar mereka semua sama-sama bergembira di hari lebaran nanti...subhanallah...

wild honey 2009

tahun ini beraya di putrajaya.berbakti kepada perbadanan putrajaya.
bulan puasa ini banyak kenangan manis berbanding pahit.
sedaya upaya cuba untuk melawan diri sendiri=NAFSU.
nak kata menang...belum lagi rasanya.banyak lagi nak kena ubah.
alhamdulillah...bukan berkat hi-o...tapi berkat dari ilahi.
rezeki dan sumber duit tak pernah putus.
mungkin itu balasan dari yang maha esa diatas keikhlasan dalam membantu orang lain.
semoga rasa rendah diri dan ihklas ini tidak akan hilang buat selama-lamanya.
ALLAH MAHA BESAR...

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang