Friday, September 11, 2009

salah siapa???

baru-baru ini aku ke gombak bersama-sama sahabat yang lain.
pergi kesebuah rumah yang penghuni nya adalah dikalangan hamba allah s.w.t yang berjaya di dunia.si isteri bekerja di sebuah syarikat swasta yang kukuh.suaminya seorang yang berjaya dalam bidang yang dipilihnya.mempunyai sebuah myvi dan sebuah bmw 7 series.kedua-duanya manusia yang berpendidikan agama yang baik.menunaikan solat 5 waktu.pandai mengaji dan berzikir.namun...mengapa allah s.w.t memberi perbagai ujian kepada keluarga mereka.
adakah allah s.w.t kejam kepada hamba yang taat kepadaNYA???
umur pasangan itu dalam lingkungan 45tahun.selama 40tahun mereka hidup penuh bahagia dan nikmat.hanya sejak 5thun kebelakanggan ini sahaja keluarganya ditimpa berbagai masalah dan dugaan.adakah allah s.w.t itu kejam?
manusia dijadikan dengan penuh kelemahan.40 tahun penuh nikmat dan 5 tahun penuh dugaan.mengapa manusia hanya nampak 5 tahun penuh dugaan dan tidak nampak 40 tahun penuh nikmat.angka 40 itu bagaikan tidak pernah wujud.hanya angka 5 yang terus jadi pertikaian.manusia hai manusia...

No comments:

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang