Friday, September 30, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Janjiku...

akan tetap menunggumu.
akan tetap menantimu.
walau beribu tahun.
walau berjuta tahun.
cinta ini cinta terakhir.
cinta ini cinta sejati.
cinta ini cinta suci.
asma ul-husna,rasulullah,qalamullah.
jadilah saksi.jadilah tanda.
bahawa cinta adam dan hawa masih wujud.
setia menanti.setia menunggu walau tidak pasti lamanya.
kasih...itu janjiku.sumpahku padamu.
andai aku pergi dahulu.ketahuilah kasih.
hanya dirimu,cintamu dan rindumu bersamaku.
doa dariku untukmu hingga akhir hayat ini.

Sakitnya...


sakitnya ya allah ya tuhanku.sakit yang teramat pedih sekali.sudah lama aku tidak merasa sakit sebegini.aku sabar dengan dugaanMU ini.aku sedar aku dijadikan untuk diuji olehMU.sakitnya cinta ini.tidak tertahan rasanya.sakitnya kasihku.andai dapat kau fahami derita ini.andai dapat kau selami pedih ini.
aku tidak pernah berdendam denganmu.aku tidak marah denganmu.aku mengharapkan dirimu bahagia.doa dariku tidak pernah putus untuk dirimu.kerana aku teramat mencintaimu.



"jiwa sepi ini indah terisi dengan gelak tawamu"
"jiwa sunyi ini terhibur dengan gurauanmu"
"jiwa kosong ini penuh dengan kehadiranmu"

"kau tiba disaat aku kesepian"
"membawa sinar bahagia"
"menyambung kasih yang terputus"
"membuatkan aku kembali ceria"

"niatku menjadikan dirmu teman hidupku"
"niatku membawa dirimu ke syurga bersamaku"
"takadku mencintai dirimu hingga akhir hayat ini"
"tekadku membawa dirimu melayari nikmat hidup"

sakitnya...bila kasih itu direntap begitu sahaja.sekelip mata cinta ini musnah.
aku mengerti.keluarga mu pasti mahukan yang terbaik untukmu.sama seperti diriku.
kerana cinta ini cinta sejati dan suci.akan setia menantimu kembali.andai ada hari itu aku akan setia menanti.jika tiada hari itu aku berpuas hati menyimpan cinta ini hingga akhir hayatku.air mata ini bagaikan hujan yang mengalir.mengalir kerana cinta kepadamu.mengalir kerana berdoa untukmu.

sakitnya kasih.bila kau menghalang cintaku.rinduku padamu.aku tidak menghalang niatmu bersama keluargamu.izinkan lah aku menatap wajahmu.gambarmu.agar aku dapat lihat senyum mu itu.aku tidak dapat bersamamu.izinkan lah aku melihatmu walau sekadar dari jauh.ampunkanlah salah silap diriku.berilah aku kesempatan kasih.aku teramat cinta dan rindu padamu.hanya itulah penawar yang aku ingin darimu.

sakitnya...ya allah s.w.t.jika benar dugaan ini kerana KAU sayang kepadaku.ambilah aku kembali kepadaMU.simpanlah aku disisiMU.sakit ini tidak dapat kutahan.satukanlah aku bersama kasih di sana.aku ingin hidup bersamanya ya allah...ambilah aku bersamaMU kembali.





Takdir???


Takdir???
Jangan lah bercakap jika tidak faham apa isi'nya'.
Jangan lah bercerita jika tidak kenal isi'nya'.
jangan lafazkan seolah takdir itu segala'nya.




Takdir???
aku x faham kenapa org selalu bercerita tentang takdir.selalu berserah pada takdir.
adakah takdir itu titik noktah bagi segalanya.apabila bercerita pasti akan ada "sudah takdir begini","dah takdir nak buat macam mana","berserahlah pada takdir","biarlah takdir yang tentukan",dll.adakah kerana tahap pelajaran aku menyebabkan aku tidak faham apa itu takdir???tapi aku rasa tidak.kerana aku sendiri biasa melihat orang yang terpelajar berserah kepada takdir.dan aku buntu memikirkan mengapa orang sebegini belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.mengapa mereka berusaha dan tidak berserah pada takdir???aneh bukan.

Takdir???
sebagai seorang yang beragama islam aku yakin kepada takdir.dan aku juga yakin allah s.w.t maha penyayang dan bijaksana.dulu,aku hidup merempat.aku hidup dalam terbuang.semua orang berkata itu adalah takdir.betul ke?aku tidak pernah mendengar daripada allah s.w.t yang mengatakan itu adalah takdirku.yang berkata adalah manusia-manusia yang sama sahaja darjatnya dengan aku.tiada bezanya.tapi kenapa dengan mudah mereka mengatakan takdir hidupku sebegitu.kalau betul apa yang mereka katakan.mengapa sekarang hidup aku berubah.aku hidup dipenuhi teman-teman dan sahabat.aku hidup dengan rezeki yang tidak pernah putus.aku hidup tidak menyusahkan sesiapa.malahan aku yang banyak membantu orang lain sekarang.dimanakah takdir yang sebelum ini diperkatakan kepadaku.aneh bukan.

Takdir???
usaha.akal dan pilihan adalah apa yang aku pegang teguh selama ini.ramai orang memperkatakan aku dahulu.aku gila.anak derhaka.budak buangan.menyusahkan hidup orang lain.ramai yang mengatakan bahawa aku harus bersabar dengan takdir ini.aku termenung.berfikir.inikah takdir?atau inikah dugaan?kenapa aku rasa berputus asa dan lemah semangat.sedangkan aku tahu aku di jalan yang benar.kenapa aku perlu takut.mendengar segala kata-kata orang.aku tahu pilihanku.aku harungi segalanya kerana pilihanku.aku percaya takdir hanya wujud setelah aku berjuang dan berusaha.

Takdir???
cinta?adakah takdir dalam bercinta?aku tak percaya.kerana aku ada akal.aku bercinta dengan orang yang aku pilih dan fahami.aku yakin dengan dirinya.aku memilihnya dengan ikhlas hati.aku berjuang mempertahankan cintaku padanya.tampa usaha masakan cinta itu akan berjaya.sekadar bercinta tampa usaha pasti tidak akan berjaya.apabila datang halangan,datangnya dugaan,mudahnya cinta itu hancur.hilang bagaikan abu ditiup angin.kenapa memilih untuk bercinta jika tidak sanggup berusaha dan berjuang menyelamatkan cinta itu.kenapa memilih untuk merindu dan berkasih jika tidak berani mempertahankanya.takdirlah yang memusnahkanya.pilihan keluarga,hubungan persahabatan yang mahu dieratkan,budi yang tidak terbalas memisahkan cinta.menghancurkan rindu.menghapuskan kasih sayang.kejamnya takdir ini.sedangkan cinta itu juga datang dari allah s.w.t.adakah ini bermakna allah s.w.t menjadikan cinta dan kemudian menghapuskanya?betul ke???

Takdir???
bagi aku ia nya tiada apa-apa.aku menentukan takdir hidupku.berjaya atau tidak.bahagia atau tidak.aku berjuang dan berusaha dan berdoa supaya hasilnya akan menjadi takdir yang aku inginkan.dijadikan aku sebagai hamba dan khalifah di dunia ini untuk di uji.dan aku sentiasa bersedia untuk di uji.kerana di dunia ini aku berjihad mencari kebahagiaan ku.dan aku tidak takut terkorban dalam perjuangan ini.

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang