Tuesday, September 27, 2011

Takdir???


Takdir???
Jangan lah bercakap jika tidak faham apa isi'nya'.
Jangan lah bercerita jika tidak kenal isi'nya'.
jangan lafazkan seolah takdir itu segala'nya.




Takdir???
aku x faham kenapa org selalu bercerita tentang takdir.selalu berserah pada takdir.
adakah takdir itu titik noktah bagi segalanya.apabila bercerita pasti akan ada "sudah takdir begini","dah takdir nak buat macam mana","berserahlah pada takdir","biarlah takdir yang tentukan",dll.adakah kerana tahap pelajaran aku menyebabkan aku tidak faham apa itu takdir???tapi aku rasa tidak.kerana aku sendiri biasa melihat orang yang terpelajar berserah kepada takdir.dan aku buntu memikirkan mengapa orang sebegini belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.mengapa mereka berusaha dan tidak berserah pada takdir???aneh bukan.

Takdir???
sebagai seorang yang beragama islam aku yakin kepada takdir.dan aku juga yakin allah s.w.t maha penyayang dan bijaksana.dulu,aku hidup merempat.aku hidup dalam terbuang.semua orang berkata itu adalah takdir.betul ke?aku tidak pernah mendengar daripada allah s.w.t yang mengatakan itu adalah takdirku.yang berkata adalah manusia-manusia yang sama sahaja darjatnya dengan aku.tiada bezanya.tapi kenapa dengan mudah mereka mengatakan takdir hidupku sebegitu.kalau betul apa yang mereka katakan.mengapa sekarang hidup aku berubah.aku hidup dipenuhi teman-teman dan sahabat.aku hidup dengan rezeki yang tidak pernah putus.aku hidup tidak menyusahkan sesiapa.malahan aku yang banyak membantu orang lain sekarang.dimanakah takdir yang sebelum ini diperkatakan kepadaku.aneh bukan.

Takdir???
usaha.akal dan pilihan adalah apa yang aku pegang teguh selama ini.ramai orang memperkatakan aku dahulu.aku gila.anak derhaka.budak buangan.menyusahkan hidup orang lain.ramai yang mengatakan bahawa aku harus bersabar dengan takdir ini.aku termenung.berfikir.inikah takdir?atau inikah dugaan?kenapa aku rasa berputus asa dan lemah semangat.sedangkan aku tahu aku di jalan yang benar.kenapa aku perlu takut.mendengar segala kata-kata orang.aku tahu pilihanku.aku harungi segalanya kerana pilihanku.aku percaya takdir hanya wujud setelah aku berjuang dan berusaha.

Takdir???
cinta?adakah takdir dalam bercinta?aku tak percaya.kerana aku ada akal.aku bercinta dengan orang yang aku pilih dan fahami.aku yakin dengan dirinya.aku memilihnya dengan ikhlas hati.aku berjuang mempertahankan cintaku padanya.tampa usaha masakan cinta itu akan berjaya.sekadar bercinta tampa usaha pasti tidak akan berjaya.apabila datang halangan,datangnya dugaan,mudahnya cinta itu hancur.hilang bagaikan abu ditiup angin.kenapa memilih untuk bercinta jika tidak sanggup berusaha dan berjuang menyelamatkan cinta itu.kenapa memilih untuk merindu dan berkasih jika tidak berani mempertahankanya.takdirlah yang memusnahkanya.pilihan keluarga,hubungan persahabatan yang mahu dieratkan,budi yang tidak terbalas memisahkan cinta.menghancurkan rindu.menghapuskan kasih sayang.kejamnya takdir ini.sedangkan cinta itu juga datang dari allah s.w.t.adakah ini bermakna allah s.w.t menjadikan cinta dan kemudian menghapuskanya?betul ke???

Takdir???
bagi aku ia nya tiada apa-apa.aku menentukan takdir hidupku.berjaya atau tidak.bahagia atau tidak.aku berjuang dan berusaha dan berdoa supaya hasilnya akan menjadi takdir yang aku inginkan.dijadikan aku sebagai hamba dan khalifah di dunia ini untuk di uji.dan aku sentiasa bersedia untuk di uji.kerana di dunia ini aku berjihad mencari kebahagiaan ku.dan aku tidak takut terkorban dalam perjuangan ini.

No comments:

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang