Sunday, December 14, 2008

penutup 2008

begitu banyak dugaan dan kenangan tahun 2008 kepadaku,
berbagai kemanisan dan kepahitan yang kurasai,
berbagai onak dan duri ku tempuhi,
bersama teman-teman yang sentiasa disisiku,
walau adakalanya timbul salah faham,
walau adakalanya timbul persengketaan,
itulah kehidupan berteman.pasti ada dugaanya,
2008 ku lalui dengan bermacam-macam kerenah manusia,
perbezaan antara sahabat dan kawan semakin jelas,
perbezaan antara wanita dan betina semakin jelas,
..................
kehidupan memang menarik,
kini 1 teman lagi telah hadir dalam perjuangan,
teman yang semakin tenggelam kini timbul kembali,
timbul membela maruah dan harga dirinya sendiri,
bangkitlah teman-temanku,
perjalanan dan perjuangan kita masih panjang dalam masa yang semakin singkat.
.................
fail-fail semakin banyak sempena penutupan tahun 2008,
badan semakin penat,tenaga semakin kurang,
namun nikmatnya tidak dapat dibalas oleh sesiapa pun di dunia ini,
akan ku tempuh walau apa yang mendatang,
................
misi terakhir dan fail sulit:MUAR....

selamat hari raya qurban 2008

selesai sudah 1 lagi ibadah umat islam bagi tahun 2008,
begitu banyak hidayah dan pedoman dapat kita ambil darinya,
semoga kita senantiasa bersyukur dengan nimatnya dan senantiasa redha dengan segala dugaanNYA.kita sedar bahawa kita hanyalah hamba yang lemah dan sentiasa leka dengan nikmat dunia.bersama-samalah kitan saling ingat mengingati antara satusama lain,
raya tahun ni diriku tetap di putrajaya menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadaku dan teman-teman.
alangkah bahagianya dapat beraya di kampung bersama ahli keluarga dan sanak saudara...

Thursday, October 23, 2008

2009 bakal tiba...

begitu cepat masa berlalu
2009 bakal tiba tidak lama lagi
sesungguhnya 2009 akan merubah hidupku
sesungguhnya 2009 akan membawa kelainan kepadaku
tidak sabar menanti kehadiranya dengan penuh kesyukuran
perancangan untuk masa depan yang lebih baik bakal bermula
perancangan untuk masa depan ynag lebih diberkati bakal tiba
perancangan untuk masa depan ynag lebih sempurna bakal menjelma
hadirlah 2009
hadirlah membawa 1001 rahmat dan keberkatan buatku...

kita umpama...

jika kita melihat sekeliling kita
jika kita melihat disekitar kita
adanya 1 kejadian yang indah ciptaan MAHA ESA
adanya 1 kejaidan yang unik ciptaan MAHA KUASA
itulah alam semulajadi
itulah alam semesta
kita umpama air di lautan
adakalanya kehidupan kita tenang tampa gelora
adakalanya kehidupan kita penuh dengan badai dan gelora
adakalanya kita akan surut sebagaimana lautan
adakalanya kita akan pasang sebagaimana lautan
kita umpama bulan nan indah
adakalanya kita bercahaya penuh dengan sinar
adakalanya kita hilang ditelan awan hitam
adakalanya kita bersinar dengan permukaan yang indah
adakalanya kita bersinar dengan hanya separuh permukaan
indahnya alam ciptaan MAHA ESA
denganya kita dapat belajar menilai erti kehidupan
denganya kita dapat menilai diri sendiri
kekuasaaNYA tidak terbatas.
MAHA SUCI ALLAH S.W.T

Sunday, September 21, 2008

selamat hari raya 2008

kepada muslimin dan muslimat,
kepada sahabat-sahabat dan teman-teman,
semoga ramadan ini memberi kita 1001 erti,
semoga aidilfitri ini akan membawa 1001 nikmat,
istimewa kepada keluargaku yang tercinta,
istimewa kepada sahabat-sahabatku,
khas kepada kawan-kawan,
.................................................
kepada 3 sahabat dunia akhiratku,
1) affendi-chor
2) suhaidi-john
3) rohaiwira-wira
semoga hidupmu dirahmati dan selamat di dunia dan akhirat,
doa ihklas dariku buat kamu semua,
hanya itu yang mampu ku lakukan setiap masa untuk kalian semua,
love u all so much,
bermacam dugaan dan rintangan kita lalui bersama,
semoga 2008 berlalu dengan seribu pengertian,
as'salam alaika ya khalifatullah...

zikirullah...

basahkanlah lidahmu dengan zikirullah...
sesungguhnya zikirullah itu lah ketenangan,
sesungguhnya zikirullah itu lah kedamaian,
hanya bagi oarang-orang yang beriman dan soleh,
basahkanlah lidahmu dengan zikirullah...
sesungguhnya zikir itu adalah makanan jiwa,
sesungguhnya zikir itu adalah kekuatan diri,
hanya bagi oarang-orang yang beriman dan soleh,
basahkanlah lidahmu dengan zikirullah...
sesungguhnya zikir itulah seringan-ringan pekerjaan,
sesungguhnya zikir itu lah semudah-mudah amalan,
apakah alasanmu wahai manusia...
adakah hanya lirik-lirik lagu yang bermain di lidahmu,
adakah hanya fitnah-fitnah yang bermain di lidahmu,
adakah hanya kata-kata kesat bermain di lidahmu,

jagalah...

(pesan nabi allah adam a.s)
jagalah hatimu wahai manusia,
jagalah jiwamu wahai manusia,
jagalah nafsumu wahai manusia,
jagalah akhlakmu wahai manusia,
jagalah duniamu kerana akhiratmu,
janganlah dikau mengadaikan akhiratmu kerana duniamu,
janganlah dikau biarkan duniamu mengaburi akhiratmu,
jangalah dikau biarkan usiamu berlalu kosong,
janganlah dikau biarkan hidupmu berlalu sepi,
wahai manusia...
kematian itu amatlah sedih dan sakit kepada manusia yang jahil,
kematian itu amatlah gembira dan indah kepada manusia yang soleh,
bersedialah wahai manusia,
menyambut kedatangan mautmu,
menyambut kedatangan kematianmu...

lailatul qadr 2008

bermulanya pencarian malam yang paling berkat
bermulanya pencarian malam yang paling dirahmati
10 malam terakhir bulan ramadan
malam lailatul qadr...
adakah pasti akan bertemu kembali pada tahun ini
sesungguhnya perasaan rinduku kepada malam ini
perasaan cintaku kepada malam ini sangat lah dalam
adakah akan bertemu lagi ramadan 2008 ini...

Tuesday, September 9, 2008

pantang anak melayu...

pantang anak melayu bergaduh kerana perempuan yang tidak punya apa-apa ikatan,
pantang anak melayu berdendam kerana perempuan yang tidak punya apa-apa ikatan,
pantang anak melayu untuk rebah kerana cinta manusia,
pantang anak melayu untuk lemah kerana rindu manusia,
berpantang maut sebelum ajal,
alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan,
aku bukan pendendam dan membenci pada sesiapa,
aku cuma akan ingat pada setiap apa yang berlaku pada diri dan kehidupanku,
aku hamba yang lemah dan hina,
tidak layak menyimpan dendam dan mengharapkan pembalasan,
sekali aku sakit,selamanya akan kukenang,
akan ku ingat didalam hatiku,
hingga akhir zaman,
hingga nyawaku dipisahkan,

Monday, September 8, 2008

2008..

berlalu lah 2008...
berlalu lah pergi bersama kenangan luka...
berlalu lah pergi agar dapat ku sembuh kembali...

tawa dalam duka....


Thursday, September 4, 2008

ramadan ini...

ramadan ini telah kembali
kembali membawa sinar harapan
kembali membawa sinar keberkatan
kembali membawa sinar kemenangan
hanya kepada orang-orang yang menghayatinya
ramadan ini telah kembali
mengajar kita erti kepayahan hidup
mengajar kita erti pengorbanan
mengajar kita erti kesabaran
ramadan ini telah kembali
..jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja..
..mungkin ini adalah ramadan terakhir kita..

cinta gila...

cinta memang gila
samada sedar atau tidak kita gila kerana cinta
tiada sesiapa pun yang dapat mengelakan diri dari cinta
cinta merubah diri kita
cinta merubah pengangan kita
cinta merubah segalanya dalam hidup kita
cinta memang gila
kita gila mencintai seseorang
sedangkan seseorang itu tidak menyintai kita
kita gila mengaharapkan cinta dari seseorang
sedangkan seseorang itu gila mencintai orang lain
cinta memang gila
mencintai memang mudah
dicintai cukup sukar

ramadhan 2008


Monday, August 25, 2008

..........

biarlah kita berlagak kebudakan asalkan kita matang,
janganlah berlagak matang tetapi kebudak-budakan,
jangan anggap kita terlalu istimewa pada seseorang,
sampai masa dan tahapnya,
kita pasti bukan lagi istimewa.
berpada-padalah dan beringatlah.
hargai orang disekeliling kita sebelum mahu kita dihargai.

nelayan...

kita ini ibarat nelayan.
hidup kita ibarat lautan yang luas.
kita keluar ke laut memancing ikan.
dengan kesabaran kita menanti dan menunggu.
andai kata kita terlepas se'ekor ikan janganlah kita bersedih dan dukacita.
bersabarlah dan teruslah menanti dan menunggu.
sesungguhnya allah s.w.t maha mengetahui.
mungkin ikan yang terlepas itu kecil.
mungkin ikan yang terlepas itu tidak sedap isinya.
sabarlah menanti,
sabarlah menunggu,
mungkin akan ada ikan yang lebih besar.
mungkin akan ada ikan yang lebih baik.
-begitulah kehidupan kita.andai kita terlepas 1 peluang,jangalah berputus asa dan menyerah kalah.kita harus bersabar dan berusaha.pasti akan ada hasil untuk diri kita sendiri-
-dari segi percintaan pula.janganlah sedih dan kecewa andai kita terlepas 1 cinta.bersabarlah dan berusahalah.pasti akan ada cinta akan datang untuk kita.mungkin cinta yang lebih baik dari sebelumnya-

Sunday, August 24, 2008

Saturday, August 16, 2008

merdeka08

huhu..skrg nie x ada idea nak menulis lagi.badan pun tak sihat.
banyak sgt keje sekarang.
aktiviti banyak sangat.
selamat hari merdeka buat rakyat malaysia.

Wednesday, July 30, 2008

aduhai perempuan...

aduhai perempuan...
tidak nampak yang benar dan yang silap,
tidak nampak antara kaca dan permata,
aduhai perempuan...
begitu mudah ditipu dengan kata-kata manis,
begitu mudah diperdaya dengan belaian manja,
begitu mudah dirosakan dengan janji-janji manis,
aduhai perempuan...
jangan ditutupkan mata hatimu,
jangan ditutupkan kebenaran dengan kelekaan,
jangan hanya memandang yang indah dan elok,
aduhai perempuan...
layanan yang baik tak melambang kan erti,
belaian yang manja tak melambangkan budi,
kata-kata yang lembut tak menjanjikan apa-apa,
aduhai perempuan...
matanglah...matanglah...dalam menilai...

Saturday, July 19, 2008

junjunganku...

' jadikanlah aku cinta kepadaMU dan cinta kepada kekasihMU'


i want it end 4ever....

malam ini...

malam ini sepi.
malam ini sunyi .
seperti malam-malam sebelumnya.
aku masih tercari diri ini.
aku masih kosong dalam diri.
apakah yang masih belum sempurna.
apakah kekurangan yang masih tidak terisi.
erm...
hiasilah dan terangilah malam dengan amal dan ibadah.
seolah-olah kita akan mati di pagi nanti.
kerana itulah malamku terus sepi.
kerana itulah malamku terus sunyi.
aku mencuba sebaik mungkin.
aku mencuba sedaya-upayaku.

1 tujuan,2 haluan...

adakah kita sedar bahawa setiap daripada kita ini mempunyai 1 tujuan sahaja,
adakah kita sedar bahawa untuk menuju ke 1 tujuan tersebut kita hanya mempunyai 2 haluan sahaja,
adakah kita pernah terfikirkanya,
adakah kita pernah membayangkanya,
1 tujuan dan 2 haluan.adakah kita faham,
untuk sampai ke 1 tujuan ini kita wajib menempuh 2 haluan yang berbeza,
haluan yang manakah akan kita pilih untuk sampai ke 1 tujuan kita,
haluan disebelah kanankah,
haluan disebelah kirikah,
haluan yang selamat dan mudah,
haluan yang merbahaya dan sukar,
itu semua terpulang kepada kita,
itu semua terpulang kepada hati kita,
apakah yang kita mahu di dunia ini,
apakah yang kita cari di dalam hidup ini,
apabila kita sudah faham dan mengerti dengan apa yang kita mahukan dan apa yang kita cari,
kita akan jumpa haluan yang betul dan sesuai bagi kita,
wajib bagi kita mencari haluan ini,
jangan biarkan diri kita hanyut tampa haluan dan pedoman,
sesungguhnya kita akan tetap sampai kepadaNYA,
1 tujuan yang pasti tidak dapat kita elak...

hakikat...

hakikat kenyataan memang berat nak diterima,
adakala hakikat dan kenyataan itu memang perit,
terpulang kepada cara kita menerima setiap hakikat,
adakah kita menerimanya dengan redha dan sabar,
adakah kita menerimanya dengan amarah dan keluhan,
hakikat kenyataan ini memang tak terduga,
hakikat kenyataan ini memang tak seperti yang dirancang,
namun...
kita mesti menerimanya dengan hati yang terbuka,
supaya kekecewaan atau kejayaan yang diterima tidak melalaikan kita,
janganlah kita bersikap angkuh dan takbur,
...
adakah setiap hakikat itu telah tertulis sejak azali,
atau...
hakikat itu ditentukan oleh kita sendiri,
renungkanlah...

Wednesday, July 16, 2008


kenapa...

kenapa hidup nie sukar sangat...
kenapa hidup nie x berlaku seperti apa yang kita rancangkan...
pasti ada sesuatu yang kita tidak tahu...
kerana kita adalah makhluk yang lemah dan terbatas...
sesungguhnya allah s.w.t itu maha mengetahui...
kenapa...
kenapa kita nak merungut...
kenapa kita nak mengeluh lagi...
sebenarnya kebenaran telah ada dihadapan kita...

Saturday, July 12, 2008

awan...

adakah kita sedari bahawasanya iman dalam diri kita umpama awan,
tidak kekal,
tidak utuh,
datang sang angin awan akan beransur-ansur hilang ditiup angin,
datang ribut dan taufan awan bertukar menjadi gelap dan mendung,
...........
memang iman kita umpama awan...
begitu mudah berubah mengikut angin...
memang iman kita awan...
menjadi gelap dan mendung dilanda ribut...

Wednesday, July 9, 2008

yakinlah...

yakinlah dengan kebenaran yang ada dihadapan matamu...
yakinlah dengan kebesaran dan kekuasaan sang maha pencipta...
sesungguhnya amatlah rugi jika kamu sering mempertikaikan...
sesungguhnya amatlah rugi jika kamu mencurigai nikmat kurniaNYA...
carilah diri yang sebenar...
carilah tujuan mengapa kita dijadikan...
carilah ia agar kamu mengerti...
carilah ia agar kamu faham akan diri sendiri...
bukalah mata...
bukalah mata hati...
bukalah minda...
jangan dibutakan dengan hawa nafsu...
jangan dibutakan dengan sifat degil kamu...
jangan dibutakan oleh kesombongan kamu...

Monday, July 7, 2008

kun fayakun...

KUN FAYAKUN...
fahamkah kita dengan makna ayat tersebut,
fahamkah kita dengan maksud ayat tersebut,
KUN FAYAKUN...
manusia sering kali membataskan kekuasaan yang esa,
manusia sering kali menafikan keagungan yang kuasa,
manusia sering berfikir dangan logik akalnya yang sangat cetek,
mengapa manusia bersifat begini,mengapa manusia jadi begini,
mengapa manusia jadi sebegitu sombong dan angkuh,
mengapa manusia jadi begitu bodoh dan dungu,
KUN FAYAKUN...
sesungguhnya allah s.w.t itu berhak melakukan apa sahaja,
sesungguhnya allah s.w.t itu mampu melakukan apa sahaja,
apa sahaja yang dikehedakiNYA pasti akan terjadi,
tak tercapai akal untuk kita memikirkanya
DIAlah yang maha kuasa lagi maha kaya,
tak terbatas segala kekuasaaNYA,
KUN FAYAKUN...
mengapa tidak kita terima rahmatNYA dengan kesyukuran,
mengapa tidak kita terima kasih-sayangNYA dengan kesyukuran,
mengapa tidak kita terima nikmatNYA dengan kesyukuran,
mengapa mesti ada perasaan was-was,
mengapa mesti ada perasaan ragu,
sedangkan kita tahu kebenaranNYA...
sesungguhnya kamulah musuhku,
sesungguhnya kamulah orang yang kerugian...

kadang-kadang...

kadang-kadang apa yang kita rasakan baik tak semestinya baik,
kadang-kadang apa yang kita rasakan buruk tak semestinya buruk,
kadang-kadang kita rasakan pilihan kita sudah betul,
kadang-kadang kita rasakan pilihan kita sudah tepat,
kita hanyalah manusia yang mampu merancang,
tuhan itu maha kaya dan maha kuasa lagi maha mengetahui,
janganlah kita sempitkan hati dan fikiran kita dengan perasaan diri kita sendiri,
janganlah kita halang kebenaran yang hak dangan perasaan cinta dan sayang kita,
pasti ada sebab mengapa kita jadi begini sekarang,
pasti ada sebab mengapa kita di sini sekarang,
fikirkanlah kekuasaanNYA,
janganlah dibutakan hati...

Saturday, July 5, 2008


dimanakah...

dimanakah keluargaku...
dimanakah kekasihku...
dimanakah cintaku...
dimanakah temanku...
dimanakah hartaku...
dimanakah kemashuranku...
dimanakah kehidupanku...
kemanakah semuanya menghilang...
kemanakah semuanya meninggalkanku...
menggapa dibiarkan aku keseorangan...
menggapa dibiarkan aku sendirian...
menggapa dibiarkan aku sunyi...
adakah keluargaku lupa pada jasa-jasaku...
adakah kekasihku lupa pada pengorbananku...
adakah cintaku lupa pada kesetiaanku...
adakah teman-temanku lupa kejujuranku...
adakah hartaku lupa pada titik peluhku...
adakah kemashuranku lupa pada usahaku...
adakah kehidupanku lupa pada diriku...
dimanakah semuanya...
.........................................
semuanya telah kutinggalkan...
kini,aku sendirian di dalam liang lahadku...
kini,aku keseorangan dalam kegelapan...
dimanakah amalanku...
dimanakah pahalaku...
adakah semuanya telah cukup untuk membantuku...
adakah aku telah menjadi hamba yang baik sewaktu hayatku...
adakah aku telah mengikut segala perintahNYA...
adakah aku telah meninggalkan segala laranganNYA...
adakah aku telah bersedia...

kiamat sudah dekat...

kiamat sudah dekat...
penamatnya hampir tiba...
kenapa tiada sesiapa peduli tentangnya...
adakah kerana mereka sudah bersedia menghadapinya...
tiada langsung perasaan takut dalam diri mereka...
tiada langsung perasaan gentar dalam hati mereka...
adakah meraka tidak nampak tanda-tandanya telah muncul...
adakah mereka buta...atau sengaja membutakan hati mereka...
adakah hiburan melalaikan mereka semua...
adakah kekayaan melupakan mereka semua...
kiamat sudah dekat...
masjid-masjid dibina bukan untuk tujuan beramal...
fitnah-fitnah berleluasa bagaikan ulat ditimbunan sampah...
pemimpin-pemimpin yang zalim dan dusta disanjung-sanjung...
ulama-ulama tidak lagi mempertahankan kebenaran...
kiamat sudah dekat...
ampunkanlah segala kelalaian kami...
ampunkanlah segala kelekaan kami...
hanya kepadaMU kami memohon...
selamatkanlah kami dari azabMU...

hidup ini...

hidup ini indah,
hidup ini nikmat,
hidup ini anugerah,
selama ini masa bagaikan cepat berlalu,
dulu aku kanak-kanak,
dulu aku remaja,
kini aku dewasa,
seronoknya hidup ini,
walau berbagai rintangan dan dugaan,
hidup ini tetap seronok.macam-macam yang telah kutempuhi,
macam-macam cabaran telah ku lalui,
kadang-kadang rasa putus asa,
kadang-kadang rasa kecewa,
namum,hidup ini bukan untuk berseronok sahaja,
sesungguhnya hidup ini adalah 1 jalan yang panjang,
jalan untuk kita kembali kepada yang maha kuasa,
jalan yang akan menentukan hala tujuan kita selepas ini.

Friday, July 4, 2008

mulanya & tamatnya...

setiap manusia mempunyai permulaan yang sama,
kemudian,pilihanlah yang menjadikan kita berbeza,
setiap manusia mempunyai penamat yang sama,
terpulanglah bagaimana kita mahu menamatkanya.


biarkan...

biarkan ape sahaja yang orang katakan kepada kita,
biarkan ape saja pandangan orang kepada kita,
biarkan apa saja anggapan orang kepada kita,
biarlah mereka memandang hina kepada kita,
biarlah mereka merendahkan diri kita,
biarlah mereka memburukan diri kita,
biarlah kita miskin di dunia,
biarlah kita hina di dunia,
namum...
JANGAN biarkan tuhan memandang hina kepada kita,
JANGAN biarkan tuhan memandang rendah diri kita,
JANGAN biarkan kita miskin di akhirat kelak,
JANGAN biarkan kita hina di akhirat kelak,
sesungguhnya kita manusia sangatlah lemah
kita hanya memikirkan tanggapan orang lain kepada kita
kita hanya memikirkan tanggapan sesama manusia
kita lupa sama sekali untuk memikirkan tanggapan allah s.w.t
kita lupa kepadaNYA...kita lalai kepadaNYA...


semalam,hari ini,esok...

semalam...
aku masih bernafas.aku masih bernyawa.
aku masih mampu ke tempat kerja.
aku masih mampu menggunakan tulang empat keratku.
aku masih merasai deria pancainderaku.
aku gembira,ketawa,seronok dengan teman-teman.
aku menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
hari ini...
aku masih juga bernafas.aku masih juga bernyawa.
aku masih ke tempat kerja seperti biasa.
aku masih mampu menggunakan tulang empat keratku.
aku masih merasai semua deria pancainderaku.
aku masih bergembira,ketawa,berseronok dengan teman-temanku.
aku masih menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
esok...
aku tak tahu...
adakah aku masih bernafas.adakah aku masih bernyawa.
adakah aku masih mampu ke tempat kerjaku.
adakah aku mampu menggunakan tulang empat keratku.
adakah aku masih dapat merasai deria pancainderaku.
adakah aku dapat bergembira,ketawa,berseronok dengan teman-temanku.
adakah aku masih dapat menikmati setiap rezeki yang dikurniakan kepadaku.
aku tak tahu...adakah masih ada esok bagiku...
aku tak tahu...adakah...
atau...mungkin....
aku akan mati hari ini.kemalangan.atau aper sahaja.
adakah aku sudah bersedia???

Thursday, July 3, 2008

mujahidin fisabilillah...

TAKBIR......3x

cinta...

cinta adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan oleh sesiapa.
cinta adalah sesuatu yang misteri yang tak tercapai akalmu.
cinta datang dengan sendiri tampa dipinta atau dipaksa.
untuk mencintai adalah sangat mudah.
untuk dicintai adalah sangat sukar.
carilah cinta yang suci dan kekal azali.
jauhilah cinta yang belandaskan nafsu semata.
cintailah allah s.w.t,
cintailah junjungan s.a.w,
cintailah kitab suci al-quran,
cintailah kedua-dua orang tua,
cintailah diri sendiri,
jika kesemua cinta ini telah lengkap dalam dirimu.
kamu telah layak untuk menyintai dan dicintai.
jika dirimu belum lengkap dengan cinta ini.
kamu belum layak untuk mencintai dan dicintai.
jauhilah cinta nafsu kerana nafsu akan memusnahkan cinta itu sendiri.
jauhilah cinta nafsu kerana nafsu akan memusnahkan diri anda sendiri.
carilah cinta yang sebenar agar kita benar-benar merasai nikmatnya cinta.
carilah cinta yang sebenar agar kita benar-benar merasai sucinya cinta.
cinta itu buta,tetapi kita tidak buta.
cinta itu gila,tetapi kita tidak gila.
sesungguhnya cinta yang kekal hanyalah cinta kepadaNYA.

i love islam 4ever


sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah keranaMU.
sesungguhnya agamaMU sangat mulia dan suci.
hidupkanlah dan matikanlah aku di dalam ISLAM.

Wednesday, July 2, 2008

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.
;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3)Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

renungkanlah wahai hamba..

Mati ialah benda yang paling hampir dengan kita.
Masa silam adalah benda yang paling jauh dengan kita.
Hawa nafsu adalah benda yang paling besar di dunia.
Amanah adalah benda yang paling berat di dunia.
Meninggalkan solat adalah benda yang paling ringan di dunia.
Lidah adalah benda yang paling tajam di dunia.

ingatlah,
bila-bila masa kita boleh mati.tidak dapat kita gambarkan atau kita duga bagaimana kita akan mati.tetapi apa yang pasti ialah kita akan mati.tidak ada 1 kuasa pun yang dapat mengahalangnya.setiap apa yang bernyawa apsti akan menghadapi sakaratulmaut.
ingatlah,
walau bagaimana cara sekalipun,walau betapa banyak daya dan usaha,walau betapa banyak duit kita gunakan,kita tetap tidak dapat menebus masa silam kita.ianya telah berlalu menjadi pengalaman.menjadi kenangan.gunakanlah masa-masa mendatang kita dengan sebaiknya.
ingatlah,
hanya berbekalkan dengan iman dan ketaqwaan yang kukuh barulah dapat kita melawan hawa nafsu kita sendiri.nafsu adalah sesuatu yang sukar dikawal.jika diturutkan nafsu pasti lesu.
tanamkan di dalam hati,jiwa dan diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dihisab.
ingatlah,
berjanji dan sanggup memang mudah.tetapi akibat dari pada janji dan kesanggupan itulah yang akan membawa kita ke neraka.yang akan merugikan kita di akhirat kelak.di dunia tiada sesiapa yang nampak akan balasanya.berjanjilah dan sangguplah sekadar kemampuan kita.
ingatlah,
meninggalkan solat adalah benda yang paling ringan dan paling mudah dilakukan.walaupun kita sedar bahawa solat itulah tiang agama.solat itulah amalan yang sangat penting.tetapi meninggalkan solat adalah sangat mudah dan senang dilakukan.
ingatlah,
ketajaman lidah dalah lebih menusuk dari ketajaman sebilah pedang.ketajaman lidah mampu meruntuhkan sesebuah ikatan.ketajaman lidah mampu memusnahkan sesebuah negara.
sesungguhnya lidah itu adalah bahaya yang sangat besar jika disalah gunakan.

Renung-renungkanlah wahai sahabat..,
sesungguhnya aku teramat rindu kepadamu wahai pencipta,
sesungguhnya akau teramat cinta kepadamu wahai pencipta,
aku ingin kembali menemuimu,
aku ingin kembali menghadapmu,
membawa segala amalan kebaikanku,
membawa segala amalan kemungkaranku,
hisablah diriku ya allah s.w.t,
hitungkanlah amalanku ya allah s.w.t,
ampunkanlah segala salah dan silapku,
maafkan lah segala kelalaianku dan kealpaanku,
hanya keampunanmu menjadi dambaanku,
hanya kasih sayangmu menjadi keinginanku,
ya allah s.w.t,
tuhan sekalian alam...

solat sebelum disolatkan...


'Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hamb NYA dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan'
as-syuraa 25.

basahkanlah lidahmu dengan zikirullah,
lembutkanlah hatimu dengan zikirullah,
tenangkan jiwamu dengan zikirullah.....

suffer_cation


its me......

Tuesday, July 1, 2008

al-fatihah untuk abah...

untuk abah tercinta yang telah kembali ke pangkuan ilahi.
walau diri ini tidak sempat membalas segala jasa,
walau diri ini tidak sempat membalas segala budimu,
hanya dengan amalan dan keimanan yang ada dapat ku balas,
hanya dengan amanah dan tanggugjawab dapat ku balas,
menjaga keluarga,adik-beradik dan diriku,
berbahagialah dirimu disana,
amanlah dirimu disana,
tenaglah dirimu disana,
akan ku hadiahkan al-fatihah kepadamu setiap masa,
akan kuhadiahkan segala amalku kepadamu sepanjang hayat,
ampunkanlah dan maafkanlah segala salah silapku,
halalkan lah segala makan minumku selama ini,
sesungguhnya diriku amat merindui dirimu,
benarlah kata-kata pujangga,
apabila dirimu kembali,dikau bawa segala kenangan
abah...
beratnya tanggujawab ini,
beratnya amanah ini,
kini kusedar betapa besarnya pengorbananmu,
kini ku sedar betapa tabahnya dirimu,
abah...semoga kita dapat bertemu lagi di akhirat kelak...

lonely angel...

the brokenheart of angel
the lonely angel

team building 2008







wanita...


ingatlah wanita,
dirimu umpama madu,
dirimu umpama racun,
dirimu segala penawar,
dirimu segala kesakitan,
dirimu adalah kejayaan kepada adam,
dirimu adalah kejatuhan kepada adam,
kejadianmu adalah kekuatan adam,
kejadianmu adalah kelemahan adam,
ingatlah wanita,
dirimu paling mudah ke syurga,
dirimu paling mudah ke neraka,
berbanggalah wanita dengan kejadianmu,
berbanggalah wanita dengan sifat-sifatmu,
berbanggalah wanita dengan kecantikanmu,
ingatlah wanita,
kecantikanmu tidak kekal zaman,
kecantikanmu boleh membawa keburukan,
kecantikanmu membawa hasad dan dengki,
ingatlah wanita,
kemalangan boleh merubahkan segala kecantikanmu,
kesakitan boleh merubahkan segala peribadimu,
kesempitan boleh merubah segala akhlakmu,
bersyukurlah wanita dengan sifat kejadianmu,
seseungguhnya dikaulah pelengkap kejadian seorang lelaki,
sesungguhnya dikaulah rusuk yang dicari-cari...

hidup ini...


hidup ini tak semudah yang disangkakan...
hidup ini tak seindah yang dijangkakan...
hidup ini sukar digambarkan...
hidup ini sukar untuk di duga...
tak semua yang kita rancangkan akan berjaya...
tak semua yang kita mahukan menjadi milik kita...
hidup ini indah...
hidup ini misteri...
hidup ini persoalan...
hidup ini satu amanah...
kadangkala kita tertanya-tanya kepada allah s.w.t...
adakah hidup kita ini adil dan saksama...
adakah hidup kita ini penuh keperitan dan kesengsaraan...
kita hairan...
kita buntu...
kita bingung...
kenapa?
kenapa?
kenapa?
kenapa apa yang kita mahukan tidak kita perolehi...
kenapa apa yang kita hajatkan tidak kesampaian...
sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah...
sesungguhnya kita adalah hamba yang tak berupaya...
sesungguhnya allah s.w.t itu maha mengetahui...
seseungguhnya allah s.w.t itu maha penyayang...
kadangkala apa yang kita hajatkan itu bukanlah yang terbaik bagi kita...
kadangkala apa yang kita inginkan itu bukanlah kebahgiaan bagi kita...
bersyukurlah dengan setiap nikmat dan kurnia...
redhalah dengan setiap dugaan dan cabaran...
seseungguhnya kita hanya mampu merancang...
tuhan yang menentukan yang terbaik bagi kita...
berusahalah...
berdoalah...
bertawakalah...
berserahlah...
janganlah sesekali kita mempertikaikan...
janganlah sesekali kita mempersoalkan...
janganlah kita termasuk dikalangan orang-orang yang rugi...

musafir lalu mengemis di bumi allah s.w.t

kita adalah musafir lalu di bumi allah s.w.t,
musafir yang kehausan dan kelaparan,
musafir yang tercari-cari di tanah usang...

kita adalah musafir yang meminta-minta,
kita adalah musafir yang tercari-cari,
janganlah ada sifat sombong dan angkuh,
sesungguhnya kita hanyalah mengemis di bumi allah s.w.t...

angkatlah tangan kita ke langit,
tadahkan lah jari-jemari kita ke langit,
pintalah...mintalah...pohonlah...
dari yang maha esa...


janganlah malu,janganlah segan,janganlah takbur,
untuk menadah tangan meminta-minta,
sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah,
sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah,
kitalah hamba yang dijadikan untuk meminta,
kitalah hamba yang dijadikan untuk mengharap,
kepada yang maha esa dan maha kuasa...

kita adalah musafir yang mengemis di bumi allah s.w.t...

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang