Friday, September 11, 2009

manusia hai manusia...

mengapa begitu sukar untuk hidup dengan cuba sedaya-upaya mengikut segala perintahNYA.
mengapa begitu susah untuk kita cuba sedaya-upaya merubah diri menjadi lebih baik disisNYA.
mengapa begitu besar halangan dan dugaan yang mendatang untuk kita dekat kepadaNYA.
mengapa manusia begitu pelik apabila kita cuba berubah menjadi baik.
mengapa manusia sukar menerima perubahan diri kita.
mengapa manusia memandang serong kepada usaha kita untuk berubah.
mengapa bila berbuat kebajikan ada yang mengata.
mengapa bila kita solat 5 waktu ada yang pertikaikan.
mengapa bila kita basahkan lidah dengan zikirullah ada yang mengeji.
mengapa bila kita terpesong ramai yang tak ambil peduli.
mengapa bila kita sesat tiada sesiapa menegur kita.
mengapa bila kita berbuat dosa tiada seseiapa yang melarang.
manusia hai manusia...
bagaimana dapat aku puaskan hatimu.
disaat aku ingin berubah kau mengata.
disaat aku ingin kembali kepada jalan yang benar kau mepermainkan niatku.
disaat aku berbuat kebajikan kau mempertikaikan.
manusia hai manusia...
apakah yang engkau mahu.
disaat aku terpesong dan sesat kau biarkan aku terkapai-kapai.
disaat aku leka dan lalai kau tidak sesekali menasihatiku.
disaat aku berbuat dosa tidak pernah kau larang.
manusia hai manusia...
janganlah kau menghalang aku untuk berubah.
janganlah kau mengeji atas kebajikan yang aku lakukan.
janganlah kau mematahkan semangatku untuk kembali kepadaNYA.

No comments:

suffer_cation

putrajaya, wilayah persekutuan, Malaysia
musafir lalu di tanah usang